Banduan Yang Istimewa La Katakan.. Perjumpaan Beliau Sepanjang DiPenjara Saja Dah 360 Kali...
Sehingga 13 Mac lalu, apa yang dialami oleh bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cukup mengejutkan kerana pada hari berkenaan beliau sudah menjalani hukuman penjara selama 398 hari daripada keseluruhan tempoh lima tahun kerana jenayah liwat.
Isteri dan anak-anak Anwar hari demi hari mengatakan bahawa beliau menerima layanan yang tidak adil dari Jabatan Penjara. Apa yang mengejutkan itu ialah sepanjang tempoh berkenaan, Anwar telah mengadakan perjumpaan dengan pihak lain sebanyak 360 kali.
Hanya 38 kali sahaja Anwar tidak bertemu sesiapa di dalam penjara.
Perjumpaan paling banyak ialah perjumpaan untuk pemeriksaan perubatan di Sungai Buloh sebanyak 152 kali dan sembilan kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Maklumat mengejutkan ini diberitahu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
Dalam tempoh itu, dia dibenarkan berjumpa dengan keluarga sebanyak 19 kali di Penjara Sungai Buloh manakala 13 kali di hospital.
Anwar juga dibenarkan membuat perjumpaan untuk pemeriksaan pakar psikologi. Beliau sudah berjumpa peguamnya sebanyak 18 kali di penjara dan di luar sebanyak 85 kali.
Soal perbicaraan di mahkamah, Anwar sudah menghadiri perbicaraan sebanyak 24 kali.
Malah, beliau juga dibenarkan keluar sebanyak lima kali mengikut Seksyen 31 Akta Penjara termasuk menghadiri pengkebumian arwah bapanya.
Selain itu, Ahmad Zahid juga berkata banduan yang bernama Anwar itu juga diizinkan dilawati dan menerima rawatan perubatan terutama oleh pakar-pakar berdasarkan langkah dan peraturan Jabatan Penjara.
Malah bedasarkan syor pakar perubatan Anwar disediakan katil khas, tandas duduk, air panas, kerusi dan meja serta makanan mengikut syor panel perubatan.
Zahid yang mengambil masa selama 25 minit untuk bercakap tentang isu jabatan Penjara telah menjawab soalan ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua yang dilihat cuba untuk memutar belit peraturan yang memberikan kelonggaran kepada banduan bagi mendapatkan rawatan.
Namun jelas Zahid, setiap banduan haruslah mendapatkan rawatan di hospital tempatan sahaja dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana alatan hospital di Malaysia setanding seperti di hospital antarabangsa.
Namun, jika Anwar ingin juga menggunakan kepakaran dari doktor luar negara, segala alatan yang ingin digunakan boleh dipindahkan di mana-mana hospital di Malaysia untuk meneruskan rawatan terhadap Ketua Umum PKR itu.
“Kerajaan dah putuskan bahawa Anwar boleh dirawat oleh pasukan perubatan dari fakulti George Washington, beliau boleh pilih mana-mana hospital kerajaan di Malaysia dan bawa seluruh kepakaran ke mana-hospital dan boleh membawa alatan yang diperlukan sama ada pembedahan atau semua ubat yang sesuai untuk rawatan berkenaan.
“Langkah dan tindakan yang dilakukan penjara itu adalah 100 peratus bergantung kepada peraturan penjara, dan akta negara kita masih belum membolehkan banduan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan di luar negara,” katanya.
Post a Comment