Header Ads

Lim Guan Eng Istihar Harta Untuk Alih Isu Skandal Banglo



SKANDAL banglo Lim Guan Eng menjadi topik hangat memandangkan perkara ini merupakan rasuah salahguna kuasa sebagaimana kes Datuk Sri Khir Toyo yang telah dihukum penjara. Untuk makluman fakta kes mereka lebih kurang sama.
Rakyat tertanya-tanya, apakah tindakan Lim Guan Eng untuk mengaburi mata rakyat berkenaan salahlaku beliau tersebut. Akhirnya perkara ini terjawab apabila beliau mengisytiharkan dua buah rumah kedai, Simpanan Tetap dan Saham Sebagai aset dalam usaha mengalihkan isu.
Persoalan disini bukan jumlah harta tetapi kesalahan rasuah salahguna kuasa dalam pembelian banglo yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Rakyat kini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Lim Guan Eng.
Baru-baru ini Guan Eng, anggota exco kerajaan negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat negeri mengumumkan aset mereka kepada orang awam pada pada hari Selasa.
Salinan pengisytiharan harta 11 anggota exco, termasuk Lim, dan 19 wakil rakyat telah diedarkan kepada pemberita pada sidang akhbar di Komtar.
Lim berkata butiran aset termasuk harta, pelaburan dan kenderaan bermotor sehingga 5 Mei thaun ini.
Menurut deklarasi aset tersebut, Lim mempunyai dua buah rumah kedai di Melaka, RM308,368 simpanan tetap dan saham/unit amanah di lapan buah syarikat tetapi wakil rakyat yang mungkin mempunyai hartanah yang paling banyak di Pulau Pinang adalah Phee Boon Poh.
Phee yang juga anggota Exco negeri, mempunyai lapan hartanah termasuk hartanah bersama dan sebahagian daripadanya berada di Halminton, New Zealand.
Beliau memiliki bersama rumah (yang diwarisi) dan tanah di Hamilton, sebuah apartmen di Pantai Molek, Butterworth, sebuah rumah di Taman Dalia, sebuah rumah kedai di Bandar Mutiara (diwarisi), tanah di Teluk Air Tawar, penthouse di Bagan Ajam dan tanah banglo di Batu Kawan.
Phee, yang juga Adun Sungai Puyu dari DAP, juga memegang saham dalam 24 buah syarikat dan saham unit amanah di enam buah syarikat.
Sebagai perbandingan, Lim mempunyai sebuah rumah kedai yang merupakan harta bersama yang telah dibeli dengan harga RM435,000 dan rumah kedai lain yang telah dibeli dengan harga RM530,000 .
Beliau menyelesaikan pinjaman RM300,000 bagi rumah kedai yang pertama dan pinjaman RM350,000 bagi rumah kedai kedua tahun lalu. Beliau tidak memiliki apa-apa kenderaan .
Ahli exco negeri, Lim Hock Seng daripada DAP disenaraikan sebagai memiliki sebuah rumah di Seberang Jaya, rumah flat di Mutiara Perdana, rumah flat di Vista Perdana, rumah kedai di Jalan Raja Uda dan kilang di Permatang Pauh ( kedua-dua harta bersama) dan dua bidang tanah di Teluk Air Tawar.
Manakala Datuk Salleh Man, Pesuruhjaya PAS negeri dan wakil rakyat Permatang Pasir, tidak memiliki apa-apa harta atau saham.
Beliau memiliki sebuah motosikal yang dibeli pada harga RM5,000 dan Toyota Corolla Altis yang dibelinya pada harga RM118,000.
Datuk Abdul Malik Abul Kassim daripada PKR tidak memiliki apa-apa hartanah atau saham.
Abdul Malik yang juga anggota Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung untuk penggal kedua, disenaraikan sebagai mempunyai Proton Tiara, Honda CRV dan Ford Ranger yang dibelinya masing-masing pada harga RM36,000, RM143,000 dan RM32,000.
Lee Khai Loon daripada PKR, yang juga Adun Machang Bubuk untuk penggal pertama, tidak memiliki apa-apa hartanah.
Beliau mempunyai 10,254 unit Amanah Saham Wawasan 2020 dan simpanan tetap sebanyak RM41,990 .
Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Lim Siew Khim daripada DAP, yang dipilih pada pilihan raya umum baru-baru ini, hanya memiliki sebuah rumah flat dan kereta Proton Wira yang dibelinya masing-masing pada harga RM50,00 dan RM43,000.
Beliau mengambil pinjaman sebanyak RM45,000 dan RM23,000 masing-masing untuk membeli flat dan kereta.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Maktar Shapee daripada PKR memiliki tanah yang diwarisi di Seberang Prai Selatan dan sebuah kereta Proton Persona yang dibelinya dengan harga RM60,000.
Beliau tidak mempunyai hartanah lain, saham atau saham unit amanah.
Deklarasi tersebut akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi negeri di http://www.penang.gov.my/ pada hari Rabu.
Bila SPRM akan bertindak terhadap Lim Guan Eng. Rakyat agak tidak sabar menunggu memandangkan SPRM dikatakan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan DAP. Oleh itu, ketelusan SPRM kini dipertikaikan. Mereka perlu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPRM.

No comments