Dr Mahathir Buat Parti UMNO Macam Hotel, Sesuka Hati Datang Dan Pergi
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengambil kesempatan di atas rasa hormat ahli dan pemimpin UMNO kepada beliau dengan membuat parti itu tidak ubah seperti hotel tempat persinggahan di kala berasa ‘sedap’. Jika UMNO mengikut cadangan dan saranannya, beliau akan kembali kepada parti, jika tidak, beliau akan keluar sekali lagi.
Sebelum ini, apabila beliau dihalang dan disekat dari terus mengkritik dan mengganggu pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau umum keluar parti.
Kemudian, selepas pilihannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih Abdullah sebagai pengganti, Dr Mahathir umum kembali kepada UMNO dengan menyerahkan borang pendaftaran parti kepada Najib yang pada ketika itu Perdana Menteri dan diterima semula masuk parti.
Kali ini, ahli yang setia kepada perjuangan dan pemimpin, rasanya tidak akan menerima jika UMNO mahu Dr Mahathir kembali semula kepada parti andai perjalanan parti mengikut kehendaknya.
Atas rasa hormat ke atas beliau sebagai bekas pemimpin dan negarawan tidak langsung dihargai oleh Dr Mahathir yang sesuka hati keluar dan masuk parti.
Pengumuman itu dibuat Dr Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Ia juga dibuat, selepas dua hari bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO dan beberapa hari selepas anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Kini, pastinya Muhyiddin dan Mukhriz kehilangan panduan di dalam UMNO jika mahu terus bersama dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir. Adakah Muhyiddin yang hanya digantung akan bertindak keluar parti seterusnya dapat bersama-sama dengan Dr Mahathir?
Dalam sidang media berkenaan, Dr Mahathir ada berkata mahu masuk semula ke dalam UMNO jika Najib meletak jawatan dan kononnya UMNO berubah.
Tidak mungkin UMNO akan menerima kembali ahli yang menganggap partinya seperti permainan lompat-lompat, bukan lompat parti lain tapi lompat keluar dan masuk.
Ada kemungkinan juga, Dr Mahathir keluar dari UMNO kerana enggan dikenakan tindakan lucut keahlian UMNO kerana sudah menentang Najib secara terang-terangan tanpa ada bukti kukuh berkaitan wang RM2.6 bilion dan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Post a Comment