Parti Sosialis Malaysia Dan DAP – Sama Fahaman Iaitu Komunisme
Marxisme adalah satu aliran pemikiran dan diasaskan oleh Karl Mark. Yang amat rapat berhubung dengan aliran fahaman komunisme. Marxisme ini pada dasarnya menyumbang kepada pemikiran yang pada kebanyakan nya menentang dasar yang dijalankan oleh Kapitalis .
Fahaman marxisme ini membahagikan kumpulan manusia kepada dua bahagian iaitu golongan miskin dan atasan. Mereka sentiasa beranggapan bahawa golongan miskin sentiasa ditindas dan kaya sentiasa kaya.
Oleh yang demikian, terapan sederhana tiada dalam istilah marxisme ini, maka golongan bawahan akan sentiasa dijadikan modal untuk mereka melakukan apa juga sebagai langkah sebagai tanda protes mereka terhadap pemerintah.
Negara China sendiri pada satu ketika dahulu telah mengamalkan dasar pintu tertutup yang mana tidak membenarkan dasar kapitalis menapak dalam negara tersebut dan ianya merupakan polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi.
Ekomoni China pada masa itu terencat jauh kebelakang dan putaranya hanya berkisar dikalangan rakyat dan pemerintah sahaja. Tetapi setelah China membuka dasarnya dan sekarang China merupakan sebuah negara kuasa ekonomi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Diantara dasar yang digunapakai oleh pembangkang dalam negara ini adalah dasar Negara Berkebajikan dimana dasar ini adalah diambil dari fahaman sosialis dikatakan untuk memberikan kemudahan segalanya kepada rakyat secara percuma dan pada masa yang sama mengenakan satu sitem percukaian yang tinggi kepada rakyat.
Adakah ini satu fahaman yang dilaungkan oleh Sosialis yang mana dikatakan kesamarataan , sedangkan dipihak pemerintah sebagai pengutip cukai yang membebankan rakyat walaupun dibekalkan dengan gaji yang mahal.
Apakah fahaman dasar ini mahu diterapkan keatas pemikiran rakyat Malaysia dan untuk menjadikan konsep kesamarataan , maka dasar tertutup hendaklah dilaksanakan. Mungkin tidak. Jadi secara tidak langsungnya dua golongan yang diperjuangkan oleh PSM itu tanpa melihat konsep kehidupan yang ada, adalah tidak bersesuaian dengan budaya di Malaysia.
Fahaman komunisme sememangnya dan rakyat sedia maklum, bahawa ianya membawa kepada penindasan dan dasar kuku besi yang sama sekali tidak memikirkan dasar untuk melindungi rakyat. Sejarah tidak pernah menipu dan sejarah juga menceritakan apa yang berlaku apabila fahaman komunis ini berkuasa.
Idea-idea Marxisme adalah fahaman yang pernah dianuti oleh komunis merupakan fahaman yang menjurus kepada satu pemikiran kearah keganasan dan penentangan. Ini bukan budaya yang harus diterapkan kepada masyarakat di Malaysia walaupun kita mempunyai kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pandangan.
Tetapi bagi fahaman komunisme ianya bukan hak bagi rakyat untuk berbuat demikian. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis ,menolak golongan ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum
Ini adalah konsep kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP dan sekutunya yang lain. Jika demikian konsep kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP atau PSM , mengapakah kejadian penindasan terus berlaku di Pulau Pinang dan menidakkan hak hak rakyat.
Kesalahan ini amat nyata dan menolak bahawa kesamarataan yang dilaungkan itu hanya berkisar kepada pemerolehan kuasa bertindak oleh fahaman komunis dan menghalalkan apa sahaja tindakan yang dilakukan.
Apa juga penjelasan yang dibuat oleh PSM dan juga DAP mengenai hal ini, sejarah pemerintahan yang telah dilaksanakan tidak mengambarkan kesamarataan kehidupan dalam satu pemerintahan sosilais. Dalam hal ini saya juga boleh mengatakan bahawa fahaman Marxisme ini boleh bertukar mengikut keadaan semasa.
Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
Persamaan ini lah yang mahu diterapkan oleh pembangkang dalam negara ini, sikap keterbukaan dan mengamalkan hak hak asasi dan kesamarataan dan bebas bersuara iini telah menjurus kepada berlakunya demontrasi yang dianjurkan oleh pihak fahaman sosialis terhadap kerajaan.
Agama ada lah teras kepada anutan dan kepercayaa individu didunia, akan tetapi fahaman komunis me vdidalam agama itu yang menjadikan kesalahan pada individu yang mana jika ianya menjurus kepada keganasan dan rasa tidak selamat kepada rakyat.
Masih ingat lagi kata kata ini “ Agama adalah Candu Masyarakat”- Sekali gus fahaman ini menolak fahaman agama sebagai pegangan kepercayaan. Disini amat jelas sekali bahawa fahaman komunis sememangnya menolak fahaman beragama dan mahu melihat agama bukan sebagai halangan kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan
Ajaran sesat, ISIS dan juga beberapa fahaman agama yang merosakkan nilai agama serta pemikiran rakyat ini yang dikatakan satu kesalahan. Kesalahan membawa fahaman ini yang menjurus kepada kerosakan dan keganasan adalah satu ancaman.
Ironinya, fahaman komunisme tidak boleh menipu sejarah keganasan dan penindasan yang dilakukan sama ada secara halus dan bertopengkan undang undang semuanya telah menjadi titik hitam bagi generasi yang melaluinya.
Justeru itu pihak polis seharusnya lebih berhati hati untuk membenarkan satu satu fahaman disebarkan dan ianya akan memudaratkan pemikiran rakyat dan kita sedia maklum apa juga alasan yang diberikan itu hanya alasan untuk penyebaran fahaman.
Jawapan kepada semua permasalahan diatas hanya apada ekonomi yang mana DAP beranggapan bahawa ekonomi adalah terpenting bagi masyarakat China. Jadi penguasaannya perlu ada dalam apa juga bentuk dan fahaman yang menjurus kepada kuasa yang berpihak kepada mereka.
Secara jelasnya membentuk kesamarataan sememanya retorik sahaja , ini adalah disebabkan mereka yang diatas akan menggunakan rakyat sebagai senjata untuk meraihkan apa sahaja yang bernilai untuk kepentingan diri sekali gus menindas golongan bawahan.
Akhirnya saya ingin bertanya adakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berfahaman Komunis? Jawapannya ada dalam buku The Chinese Dilemma itu jika anda baca sebenarnya merupakan kebimbangan yang mendalam oleh masyarakat Cina di Malaysia, kesannya sudahpun diterjemahkan di dalam keputusan politik PRU12.
PSM atau DAP keduanya adalah sama, apa juga alasan untuk mereka menyebarkan fahaman ini seharusnya ditolak, kerana kita rakyat Malaysia adalah matang dalam mencari kebebasan bukan terbatas.
Post a Comment