Header Ads

Dr Mahathir Perlu Segera Masuk DAP Untuk Ringgit Terus Melonjak

MahathirDAP

Nilai ringgit hari ini difahamkan telah pun memecah nilai RM4 untuk AS$ 1 Dolar Amerika untuk menjadi RM3.99 hari ini selepas jatuh sehingga paras lebih RM4 sebelum ini.
Ketika ini, nilai ringgit biar pun turun naik nampaknya konsisten untuk terus meningkat dari semasa ke semasa menunjukkan pemulihan ketara selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari UMNO.
Selepas itu, beliau mengumumkan pula satu gerakan bersama dengan pemimpin pembangkang untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. Niat beliau untuk membuat keadaan negara tidak seimbang dan ekonomi semakin tidak menentu.
Telahan Dr Mahathir betul-betul meleset apabila ringgit terus mengukuh sedikit demi sedikit menunjukkan keyakinan pelabur kepada Malaysia.
Jadi, segeralah beliau untuk mengisytiharkan masuk ke dalam parti DAP supaya ringgit akan terus melonjak naik ke paras tertinggi dalam sejarah berbanding Dolar Amerika. Ada pihak meramalkan jika ia berlaku, ringgit akan mencecah RM3 untuk AS$ 1 Dolar Amerika.
Pelabur akan hilang keyakinan ke atas Dr Mahathir yang merupakan bekas Menteri Kewangan ketika zamannya yang mengamalkan tambatan ringgit kepada RM3.80 pada masa itu.
Gerakan Dr Mahathir bersekongkol dengan pembangkang dirasakan akan membuahkan hasil tetapi sebenarnya lebih membawa kebaikan pula kepada ekonomi dan negara kerana kumpulan ‘sebelah sana’ sudah semakin hilang arah dan terdesak.
Tuduhan bahawa Najib penyebab nilai ringgit jatuh nampaknya memang tak tepat sama sekali. Sebenarnya adalah Dr Mahathir masih dalam UMNO lah penyebab nilai ringgit jatuh dan tuduhan tidak berasas terhadap Najiblah yang menyebabkan segala-galanya terjadi.
Bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu kini bergerak bersama pembangkang dalam satu deklarasi yang mahu Najib meletak jawatan dan pada masa sama menyokong pembebasan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


No comments