Dr Mahathir Serlahkan Sikap Tak Pernah Kenyang Dalam Politik
Pasti anda masih ingat, sebab murni Tun Dr Mahathir Mohamad hendak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 dahulu ialah kerana beliau ingat akan pesan ibunya “Berhenti sebelum kenyang…”. Sejak itu, Dr Mahathir dianggap negarawan kerana alasan untuk berhenti cukup murni dan berpijak di bumi nyata.
Akan tetapi, selepas itu alasan itu nampaknya seperti sengaja direka oleh Dr Mahathir untuk mendapatkan perhatian pada masa itu kerana ketika ini, nampak seperti beliau masih tak puas lagi selepas kenyang berkuasa selama 22 tahun.
Tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu, beliau sudah mula masuk campur dan mula bertubi-tubi menyerang Perdana Menteri dan mahu beliau meletak jawatan sampai umumkan keluar parti.
Kemudian datang pula Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri atas pilihan Dr Mahathir juga pada masa itu. Pada awalnya, semua nampak menjanjikan satu perjalanan politik yang baik kerana bekas Perdana Menteri itu kembali semula ke UMNO.
Tidak lama pun, Dr Mahathir mula mempersoalkan pula pentadbiran Najib kerana sudah semakin lapar agaknya. Sampai ke hari ini Dr Mahathir masih enggan berhenti dari terus mengkritik Najib dan juga umumkan keluar parti sekali lagi.
Biarpun umur beliau sudah hampir mencecah 100 tahun, tetapi alasan awal dulu seperti sudah dilupakan oleh seorang negarawan ini… Mungkin beliau lupa terus.
Mungkin betul juga apa kata banduan Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim satu masa dulu “Undur Mahathir Negara Ok”. Sampai sekarang Dr Mahathir tidak berundur dari politik sampai bila-bila lah agaknya negara dalam keadaan tak tentu arah.
Dulu Dr Mahathir dikenali sebagai seorang Perdana Menteri yang ‘Ultra Melayu’ kerana begitu tegas dan emosi jika menyebut berkaitan orang Melayu ketika menjadi pemimpin sebagai Presiden UMNO di dalam parti.
Kini, nampak seperti beliau sudah menjadi ‘Ultra Penentang’ kerana sanggup bersama dengan pembangkang apabila memeterai satu Deklarasi dikenali Selamatkan Malaysia.
Adakah kematian sahaja yang akan menghentikan sikap Dr Mahathir yang tidak pernah kenal erti kenyang ini akan berakhir?
Dengan perwatakan yang jauh berbeza semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, tiada siapa menduga kerakusan Dr Mahathir rupa-rupanya sebegini teruk.
Post a Comment