Header Ads

Siapa Perdana Menteri Berpendapatan Tertinggi Di Dunia? Najib Tempat Ke Berapa?


RAMAI dikalangan rakyat tertanya-tanya berapakah pendapatan tahunan Perdana Menteri mereka? Beliau diberi kuasa dan juga mempunyai peranan penting untuk membangunkan negara untuk lebih maju kehadapan dan juga dapat memenangi hati rakyat di negara kita.
Baru-baru ini Malaysiaviralstory kongsikan pendapatan atau gaji sebenar Perdana Menteri yang menerima gaji lumayan yang dibayar oleh negara mereka masing-masing.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).
Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.
Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).
Nampaknya, Datuk Seri Najib tidak berada dalam senarai “Top Twelve” Perdana Menteri yang menerima gaji tertinggi di dunia. Untuk makluman, keluarga Najib merupakan golongan bangsawan yang sememangnya kaya. Beliau berkhidmat untuk rakyat semata-mata.  Hebat Perdana Menteri kita.

No comments