Dyana Sofya Anggap Mahathir Boneka DAP?
Pernah menggemparkan negara dengan kisah skandalnya bersama Zairil Christopher Lim, Dyana Sofya Mohd Daud cuba menegakkan benang basah apabila memberi sokongan kepada pembangkang bekerjasama dengan mantan PM membentuk Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016. Dalam tulisannya di Roketkini.com,
Dyana cuba menyemai persamaan antara Deklarasi Rakyat dengan kisah “The Big Three” yang nyata berbeza sama sekali dengan matlamat pembangkang yang masih dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pernah menjadi calon mewakili DAP dalam Pilihanraya Kecil Teluk Intan 2014, Dyana yang kalah kepada Mah Siew Keong hanya menampakkan kedangkalannya memahami situasi antara deklarasi pembangkang dengan kerjasama strategi perang antara Franklin Roosevelt, Winston Churchill dan Joseph Stalin yang mahu menamatkan perang dunia ke-2 dalam Persidangan Yalta 1945.
Kerjasama antara 3 Ketua negara itu berdasarkan matlamat menghentikan peperangan yang meragut nyawa yang tidak bersalah dan ini berbeza sekali dengan situasi dalam politik Malaysia di mana pembangkang yang kalah dalam Pru13 sentiasa memikirkan cara untuk menumbangkan kerajaan yang di pilih rakyat secara demokrasi.
Pada pihak pembangkang apa juga kerjasama untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional adalah ‘halal’ dan mereka tidak teragak agak untuk mengambil peluang dan ruang yang tersedia. Mahathir yang kecewa setelah tidak berjaya menumpaskan Najib dengan pelbagai cara, semakin terdesak mencari peluang berbuat demikian dan pembangkang menawarkan peluang untuk kepuasan Mahathir.
Walau hanya bersandarkan maklumat tidak sahih yang disalurkan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan medium luar yang mahu menjahanamkan Malaysia, Mahathir tetap menuduh Najib bersalah dan mengamalkan rasuah.
Walau telah dibuktikan dengan fakta oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Mahathir enggan menerima kenyataan tersebut dan terus melemparkan fitnah terhadap Najib. Bekas Penasihat Petronas yang telah dipanggil pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM) untuk siasatan, telah mengakui bahawa beliau tidak mempunyai bukti kukuh kepada setiap dakwaannya terhadap Najib.
Dyana yang cuba mengaitkan Tengku Razaleigh yang pernah bekerjasama dengan pembangkang ketika menetang BN pada 1990, tidak dapat menerima hakikat ketika itu Mahathir berkuasa penuh menentukan ‘nasib’ mereka yang cuba menentang beliau akan berhadapan dengan tindakan tegas tanpa kompromi dan tidak teragak agak menggunakan Akta ISA bagi menutup mulut penentangnya.
Dyana cuba mengaitkan kisah Anwar Ibrahim yang sehingga kini diangkat sebagai ‘dewa’ oleh pembangkang sebagai contoh kerjasama antara bekas Timbalan PM yang di pecat Mahathir dan pembangkang demi menumbangkan kerajaan.
Dyana sekali lagi menampilkan kebodohannya dalam politik apabila menafikan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Seri Salleh Said Keruak yang menyelar deklarasi tersebut sebagai tidak mewakili suara 30 juta rakyat Malaysia yang telah memberi mandat kepada BN pada Pru13 berdasarkan undi popular yang tidak dipraktikkan dalam pilihanraya Malaysia.
Dengan hanya 58 orang yang menandatangani deklarasi tersebut adakah ia diiktiraf sebagai suara rakyat menolak kepimpinan Najib? Bagaimana dengan hak pengundi lain yang menyatakan sokongan kepada BN?
Perlu diingatkan Malaysia mengamalkan demokrasi berdasarkan undian dan bukan pungutan suara untuk menentukan kerajaan yang memerintah. Mungkin skandal Zairil ini terlalu dangkal untuk memahami perlembagaan negara lantas berpendapat kedudukan kerajaan memerintah adalah melalui suara rakyat dan deklarasi pembangkang.
Mungkin Dyana mengguna pakai kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang mengeuarkan kenyataan ‘bangang’ apabila menyatakan DAP adalah parti yang menyayangi Umno dan kerjasama antara Mahathir dan DAP hanya mahu menyelamatkan Umno?
Beliau sekali lagi menunjukkan cetek pengetahuan kerana tidak berani merujuk kepada Deklarasi Setapak 1964 oleh DAP yang berazam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah republik.
Hakikat sebenar yang DAP sorokkan dari pengetahuan kaum Melayu selama 52 tahun dan kini DAP tampil semula dengan menggunakan nama rakyat sebagai medium bagi mencapai maksud deklarasi tersebut.
Membuat rumusan pengunduran Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Badawi yang mengundur diri dari tampuk pemerintahan, Dyana tidak menyedari siapa dalang sebenar kepada kisah tersebut.
Jelas sekali Dyana cuba menghasut rakyat untuk menentang kerajaan secara tidak demokratik apabila menyeru agar tekanan dilakukan terhadap kerajaan.
“Ia tidak begitu sukar untuk menjaga perpaduan pada masa perang kerana ada matlamat bersama untuk mengalahkan musuh sepunya, yang jelas pada semua pihak. Yang sukar adalah tugas selepas perang apabila pelbagai kepentingan akan cenderung untuk memisahkan kesepakatan Kuasa Bersekutu.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa hubungan kita ketika aman adalah sekuat hubungan kita ketika perang.”- kata kata dari salah seorang pemimpin 3 negara dalam Persidangan Yalta 1945.
Sedarkah Dyana kesukaran bagi sesebuah negara bangun semula selepas dijatuhkan secara tidak beretika. Lihat sahaja kejatuhan negara Teluk akibat pengaruh dari Barat yang menyatakan ketidakadilan berlaku didalam sesebuah negara dan mereka merasakan perlu bagi mereka mencampuri urusan negara lain.
Adakah Dyana sedar dengan tuntutan deklarasi pembangkang sebenarnya membuka ruang kepada pihak yang telah lama mengidamkan hasil bumi Malaysia serta kemakmuran yang dikecapi rakyat selama 59 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Jelas sekali deklarasi yang diterajui DAP hanyalah retorik untuk menarik sokongan terhadap parti sosialis sekular yang kini bergelut dengan pelbagai skandal dan mahu mengalihkan isu yang sedang melanda terutama desakan rakyat berkenaan dana Israel bernilai RM1.2 billion serta kisah pengambilan tanah secara tidak adil di Pulau Pinang.
Dyana yang kini berada di luar negara masih lagi memainkan peranan menghasut rakyat Malaysia terutama pelajar yang masih mentah dan tidak jelas memahami isu dengan pelbagai program pembangkang sebagai persediaan merampas Putrajaya.
Malah beliau turut menjadikan deklarasi sebagai wadah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan, Umno dan BN dan yang paling menggembirakan mereka apabila Mahathir yang pernah menghina DAP sebagai parti rasis kini di angkat sebagai ‘wira’ untuk menumbangkan Najib walau dengan cara yang paling jijik.
Post a Comment