Pemikiran Tun M Sudah Kolot Dan Ketinggalan Zaman – Salleh
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan kerajaan dipilih berdasarkan kerusi majoriti di Parlimen bukan melalui undi popular, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau terkejut apabila bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad masih berfikiran kolot bahawa undi popular menentukan siapakah layak untuk membentuk sebuah kerajaan.
Dalam posting terbaharu blog Tun Mahathir Mohamad, bertajuk ‘Populariti dan Pemecatan’, Salleh melihat perkara itu tersasar dari matlamat asal.
Katanya, Tun Mahathir tidak lagi mengikut plot malah, komentar beliau juga sudah kurang koherennya.
“Tun Mahathir sudah menjadikan ia sebagai pertandingan populariti antara dirinya dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Adakah semua ini adalah satu pertandingan populariti semata-mata?,”soalnya menerusi blognya.
Menurutnya, Malaysia tidak mengamalkan sistem referendum, lebih-lebih lagi yang dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat antarabangsa. Malah UK dan Amerika Syarikat juga tidak melakukannya.
“Adakah kita harus meminta sebuah syarikat tinjauan asing mengambil alih tanggungjawab SPR untuk menguruskan pilihan raya umum Malaysia pada tahun 2018?
“Walaupun kita ada mengamalkan sistem Referendum di negara ini, SPR adalah badan yang layan untuk menjalankan tugas tersebut dan bukannya sebuah syarikat tinjauan asing. Jika tidak, ia dianggap melanggar undang-undang.
“Perlukan Parlimen diminta untuk meluluskan undang-undang baru bagi membolehkan sistem Referendum diguna pakai di dalam perlembagaan?,”katanya.
Tambah Sallehg, bagaimana pula jika Sabah dan Sarawak, atau mungkin Pulau Pinang bertindak untuk mengambil kesempatan ke atas undang-undang baru ini dan keluar dari Malaysia?
“Dan bagaimana jika undi majoriti bertindak untuk keluar dari Malaysia? Adakah ia akan dipersetujui dalam undang-undang,”akhirinya. -SuaraTV
Post a Comment