Header Ads

Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Sokong Penuh PM

ba2da086-108b-418b-8b68-0c79713a54bb

Para pengamal Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis menunjukkan solidariti mereka hari ini.
Ia adalah anjuran gabungan pengamal PTK dari seluruh negara. Bagi mereka, jika tidak kerana Najib dan polisinya, perubatan seperti itu tidak akan mendapat tempat dan diiktiraf secara rasmi di dalam negara.
“Kebenaran penggunan PTK tersebar dengan luas sekali dan semakin meningkat… Malaysia yang kaya biodiversiti tropika merupakan sumber semulajadi untuk produk kesihatan dan kini kerajaan menganggap ianya potensi besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut gabungan itu, hampir 15,000 orang telah terlibat sebagai pengamal PTK di seluruh negara menawarkan khidmat secara aktif kepada seluruh masyarakat awam.
“Kami percaya dengan kepimpinan dan keprihatinan Perdana Menteri, bidang PTK akan menjadi salah satu agenda keutamaan kepada program transformasi nasional,” katanya.
Dari hari ke hari, lebih ramai pihak tampil menyatakan sokongan mereka kepada Najib dari pelbagai lapisan, kaum, latar belakang mahupun pertubuhan atau persatuan pada saat Najib diasak dengan pelbagai tuduhan tidak berasas ketika ini.
Terbaru sebelum ini, UMNO negeri Kelantan diketuai Datuk Seri Mustapa Mohamed menyampaikan Deklarasi Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Najib daripada UMNO negeri itu.
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatanganinya dan menzahirkan sokongannya kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO .

No comments