Header Ads

Ketidakhadiran Wan Azizah Dan Hadi Bukti Deklarasi Rakyat Makin Ditolak

mahathir

DEKLARASI Rakyat yang merupakan platform terakhir Tun Dr Mahathir untuk mendesak Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan kini dilihat sebagai gagal dan ditolak oleh ramai pihak. Semalam, Kongres Rakyat 2016 telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Namun kelibat Wan Azizah dan Haji Hadi Awang gagal dikesan sepanjang berlangsungnya Kongres tersebut.
Ketidakhadiran Wan Azizah dan Haji Hadi dilihat sebagai bukti bahawa Deklarasi Rakyat turut ditolak oleh pemimpin kanan pembangkang. Mungkinkah Wan Azizah belum lagi memaafkan tindakan Mahathir memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa era pemerintahan Mahathir dahulu? Mungkinkah Haji Hadi tahu bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas dalam perjuangan beliau?
Tindakan Mahathir bekerjasama bersama Lim Kit Siang untuk menyerang Datuk Seri Najib mengambarkan bahawa Mahathir merupakan seorang pemimpin yang “berhati hitam” dan sentiasa mempunyai agenda peribadi dalam setiap langkah beliau. Malahan rakyat turut memandang beberapa perkara yang dahulunya dianggap sebagai jasa besar Mahathir kini dilihat sebagai “biawak hidup” yang menyusahkan rakyat dan negara.
Menurut Mahathir, Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. Bukan mudah untuk mendapatkan jumlah itu, beliau menggunakan alasan  yang  ‘rakyat yang berani’ sahaja yang mampu menandatanganinya. Sebenarnya Mahathir tahu bahawa Deklarasi tersebut tidak mendapat sokongan rakyat memandangkan mereka telah tahu niat jahat beliau bersama sekutunya.
Kita amat maklum bahawa Mahathir telah beberapa kali keluar masuk UMNO dan kini beliau bukan lagi ahli UMNO. Namun tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab terus menghasut ahli UMNO yang lain dilihat sebagai amat keji.  Semalam, beliau menggesa orang ramai terutamanya ahli UMNO untuk tidak takut untuk menandatangani deklarasi tersebut.
Persoalannya adakah Mahathir tidak akan kecewa sekiranya jumlah tandatangan yang diperolehi tidak mencapai sasarannya? Mengenali Mahathir yang begitu sombong dan bongkak, kita tahu bahawa beliau akan menggunakan bermacam-macam cara kotor untuk mencapai matlamat beliau.
Mahathir mengakui bahawa beliau mahu menyingkirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan cara tidak berperlembagaan. Beliau juga tahu yang tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk Yang Di-Pertuan Agong menyingkirkan Perdana Menteri tetapi Mahathir masih mahu Agong berbuat demikian.
Untuk makluman, inilah yang dipanggil ‘coup d’etat’ (penggulingan atau rampasan kuasa yang dimulakan oleh sekumpulan kecil untuk menjatuhkan kerajaan dan menubuhkan rejim dan menggantikannya dengan pemerintahan yang baru).
Pada penghujung usia beliau, Mahathir masih tercari-cari titik perjuangan yang kini dilihat sebagai pemberontakan yang bermotifkan kejahatan demi kepentingan peribadi. Kelebihan usia yang Allah kurniakan bersama kesihatan yang baik akhirnya beliau salahgunakan sehingga mendatangkan keaiban kepada maruah beliau sendiri dan keluarga.

No comments