Header Ads

Mahathir Terpaksa Merangkak Menebus Dosa 18 Tahun Lalu


Kerjasama yang diharapkan oleh Tun Dr Mahathir kepada Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN minggu lalu, akhirnya menyebabkan bukan sahaja Tan Sri Muhyiddin dan beberapa pemimpin UMNO yang khianat terpaksa “menyembah” taat setia kepada barisan kepimpinan Pakatan Harapan, malah Tun M juga yang sebelum ini giat memburukkan PKR dan Datuk Seri Anwar, terpaksa merangkak meraih sokongan.
Siapa dapat melupakan bagaimana penghinaan Tun M kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan. Malah, kedua-dua keluarga Anwar dan Mahathir ini dilihat seperti tidak akan dapat berdamai sehinggakan, kedua-dua mereka saling berbalas kecaman di media.

download (22)

Namun, sejak bersetuju menandatangani Deklarasi Rakyat yang menghimpunkan semua musuh Tun M dan UMNO bagi mendesak Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan, Tun M bukan lagi seperti Tun M yang dulu. Tanpa memperdulikan apa yang telah beliau lakukan sebelum ini, beliau sanggup untuk merangkak, hanya semata-mata mahu mendapatkan sokongan Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR.
Melucukan, Datin Seri Wan Azizah secara terbuka menyatakan Tun M bukanlah sekuat mana pun untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib. Sambil memperlekehkan kewibawaan Tun M, beliau dilaporkan berkata, Tun M terpaksa “merangkak” untuk mendapatkan pertolongan PKR dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, satu kenyataan yang cukup memalukan untuk mantan Perdana Menteri ini.
Malah, Wan Azizah sendiri menyatakan, partinya tidak dapat menerima sesiapa sahaja untuk dijadikan Perdana Menteri andai Datuk Seri Mohd Najib berjaya ditumbangkan, melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. Dimana maruah Tun M apabila dengan begitu mudah diperlekehkan oleh Presiden parti yang dianggap beliau akan bersekutu dengannya untuk menjalankan niat jahatnya?

images (14)

Sebagai reaksi balas, Tun M menyatakan kesediaannya untuk melihat sesiapa sahaja termasuk pembangkang menerajui kerajaan sebagai balasan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib. Di mana pendirian Tun M dalam hal ini bila satu ketika dahulu beliau berkata, negara ini hanya akan diperintah oleh orang Melayu sahaja sehingga bila-bilapun?
Kini, Tun M dan para PakaTUN sudah terperangkap dalam permaianan sendiri. Masing-masing sudah memasuki kandang dan amat mudah untuk mana-mana parti seperti UMNO dan PAS mangambil tindakan kepada mereka yang secara jelas memilih menjadi pengkhianat pada perti sendiri.
Hasrat Tun M menumbangkan Perdana Menteri memang secara dasarnya dipersetujui oleh semua pemimpin pembangkang. Namun, siapakah yang layak menerajui negara selepas kejatuhan Datuk Seri Mohd Najib (andai berjaya), pastinya akan ditunggu-tunggu. Adakah para pengikut PakaTUN sanggup menjual maruah mereka sekali lagi hanya kerana memberikan laluan kepada parti lawan?

No comments