Pengkhianatan Mahathir Menyedarkan UMNO Arah Perjuangan Sebenar
TINDAKAN terdesak Dr Mahathir bersama pakatan pembangkang dalam “Deklarasi Mahathir” jelas merupakan pengkhianatan yang paling hina dalam sejarah politik tanahair. Perkara ini telah mengundang kecaman terhadap beliau sehingga menjatuhkan reputasi Mahathir sendiri.
Oleh itu, saya sebagai warganegara yang menyokong kepimpinan parti pernah terfikir apakah satu hari nanti UMNO akan mengorbankan prinsip perjuangannya untuk seiring dengan prinsip yang menjadi amalan parti pembangkang jika setiap ahli UMNO mengambil mudah jalan-jalan perjuangan parti terutama yang memiliki jawatan dalam parti.
Mengorbankan prinsip itu adalah jangkaan saya jika melihat kepada scenario politik yang sedang berlaku sekarang. Kebertanggungjawaban terhadap perjuangan yang diamanahkan untuk membolehkan kita mengorak langkah-langkah jitu bersama semua kaum dalam negara ini.
Menjadi sebuah parti yang hebat dan kuat bukan sahaja dari sudut jati dirinya malah kekuatan itu juga dipercayai oleh semua warganegara di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain sebuah parti yang dipercayai untuk semua kaum termasuk Melayu, Iban dan Kadazan – selaras dengan visi penubuhan parti kita untuk menjadi sebuah parti rakyat Malaysia untuk rakyat dan dari rakyat
Secara dasarnya kepada semua ahli UMNO mari kita renung sejenak kemanakah hala tuju perjuangan kita jika kita melihat sikap sebilangan daripada pemimpin semua peringkat yang pada kebanyakan melepaskan amanah dalam mepertahankan parti dari serangan yang semakin hari semakin mencabar.
Pernah atau kita terfikir untuk menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), malah menjadi sebahagian daripada pengubal dasar dasar kerajaan yang diterajui oleh UMNO.
Setelah lebih dari setengah abad penubuhannya adakah kita masih memikirkan zon yang cukup selesa sepanjang masa , tanpa memikirkan satu hari nanti UMNO akan tumbang disebabkan sikap kita pada hari ini.
Apakah tidak terfikir oleh akal yang waras untuk sedetik saat untuk kita memikirkan, kemanakah hala tuju kita bermula hari ini? Adakah segala yang kita perjuangkan itu hanya untuk diri kita sahaja tanpa kita memikirkan kepentingan perjuangan parti yang banyak mengorbankan jasa pemimpin terdahulu untuk menjadikannya ampuh dalam perjuangan asalnya.
Kita bermula sebagai sebuah parti untuk mewakili dan memperjuangkan nasib orang Melayu dengan perit jerihnya perjuangan.. Tidak pernah terlintas bahawa parti yang dimiliki oleh oarang Melayu ini akan membentuk kerajaan yang disepadukan bersama MIC dan MCA dan dibentuk menjadi sebuah parti yang dinakan kapal layar dan barisan nasional yang menggunakan lambang dacing.
Sudah tentu pada awal penglibatan kita hanya menumpukan terhadap usaha dalam Semenanjung Malaysia, namun kemudiannya, kita telah membentuk kerajaan dan mengabungkan operasi bersama Sabah dan Sarawak.
Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang sejati, dalam semua pilihanraya dan kemenangan yang dikecapi adalah atas dasar kepercayaan rakyat terhadap gabungan parti ini. Apakah kepercayaan itu masih kekal utuh dihati rakyat yang mana melihat setiap gerak geri tingkah laku pemimpin yang ada.
Sedikit demi sedikit terhakisnya apabila pemimpin mula melupakan tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka untuk rakyat.Rakyat mula mencebek muncung apabila memperkatakan tentang UMNO.
Salah siapakh ini jika UMNO yang satu ketika dahulu sebuah parti yang terkuat kini menjadi cebekan muncung rakyat.
Sedar atau tidak bahawa semua ini sedang berlaku dihadapan mata kita. Kemanakah arah penjuangan yang satu ketika dahulu cukup ampuh dan sukar ditewaskan. Pernah atau tidak kita sekarang memikirkan satu jalan keluar untuk bersama sama rakyat yang mula menjauhkan diri apabila didekati.
Jika dahulu kemenangan yang amat mudah memandangkan kita mendapat kepercayaan dari keseluruhan nadi rakyat. Tetapi sekarang kita sedang diperhatikan dan sedang serta sering diburuk-burukkan, UMNO kini diserang dari kepelbagaian sudut tapi ia salah satu masalah yang perlu kita hadapi.
Dalam suasana politik Malaysia yang didominasi dengan politik berdasarkan kaum, diikuti politik dan agama, dan politik kelas ketiga, dan itu salah satu sebab mengapa Barisan Nasional yang dahulunya perikatan berjaya melakukan impak besar dalam politik di Malaysia, walaupun hakikatnya ia kelihatannya ditolak oleh kebanyakan pihak gari pelbagai golongan walaupun ianya dipimpin oleh golongan intelektual Melayu.
Berbagai persoalan yang timbul sekarang dipemikiran banyak pejuang yang betul-betul ikhlas. Adakah kita berpuas hati dengan pencapaian kita kini? Atau adakah kita berada didalam landasan politik sekarang hanya untuk diri kita dan bukan kerana perjuangan dan membiarkan UMNO / Barisan Nasional hancur dan akhirnya membiarkan Melayu bawahan terkapai kapai memperjuangkannya sendirian.
Kini, kita di ambang yang sangat kritikal. Adakah kita berpuas hati dengan pencapaian kita kini? Tidak dinafikan dalam keadaan tertentu, kita sudah pun menjadi sebuah parti yang mantap kerana kita parti terbesar berdasarkan jumlah kerusi. Kita adalah parti pilihan di kawasan maju dan pendalaman serta perkampungan , sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Tetapi apakah itu yang kita harapkan selama ini, atas perjuangan yang dilaungkan saban tahun atau kita rela melihat satu persatu sokongan beralih arah disebabkan kealpaan kita mengambil berat isu isu yang menjahanamkan kredibiliti pemimpin.
Bukan itu sahaja, adakah dengan keadaan sekarang kita amat berpuas hati? Adakah ini misi utama perjuangan kita? Setidaknya kita mesti memikirkan satu kaedah bagaimana untuk menjadikan seluruh rakyat Malaysia bersikap lebih tolerasi dalam pelbagai perkara.
Cara ini akan menjamin sokongan dan adalah menjadi tugasan pemimpin kita melihat cara untuk mengimbangi isu yang menjejaskan kredibiliti dan UMNO dibuat dengan tindakan. Tindakan adalah cara untuk menunjukkan keseperpaduan kekuatan yang ada didalam UMNO.
Kita untuk Malaysia, dan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dan oleh itu kita harus berupaya mendekati, mengembeling sokongan bukan sahaja daripada kaum Cina dan India, malah kaum Melayu, Iban dan Kadazan; itu adalah tanggungjawab kita, tugas kita. Jika tidak untuk apa kita berada dalam UMNO/BN? Untuk menjadi jaguh kaum orang Melayu sahaja?
Dan bagaimana kita harus mengorak langkah seterusnya? Kita harus mendepani realiti. Suka atau tidak, kita ada limitasi dalam bagaimana kita harus berfungsi, bagaimana kita harus beroperasi. Tetapi sudah tentu bukan dari segi ideologi serta kepercayaan kita. Keyakinan terhadap sosial demokrasi adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita ada ideologi yang tepat.
Post a Comment