Header Ads

Usul Untuk Turunkan Potret Najib Gagal, Kalah Dengan Majoriti Besar

10591dtp

Usul untuk melobi pengurusan University of Nottingham, United Kingdom (UK) untuk menurunkan potret Datuk Seri Najib Tun Razak dari dinding alumni terhebat universiti itu gagal segagalnya dalam sesi undian semalam.
Cadangan jahat itu hanya mendapat enam undi daripada 71 orang pelajar. Seramai 41 orang mengundi untuk menolak dan 24 berkecuali.
Ia dimulakan oleh seorang pelajar Malaysia yang anti-Najib Cassandra Chung Li Hooi atas dasar dan persepsi kebencian mungkin atas hasutan pihak tertentu untuk membuat usul sedemikian rupa kepada pengurusan universiti.
Kini, pelbagai pihak sedang menyiasat dan mencari latar belakang siapa enam orang yang mengundi menyokong usul berkenaan untuk melihat siapa sebenarnya mereka.
Usul itu dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia universiti berkenaan dan sesi undian diadakan ketika majlis Mesyuarat Agung persatuan itu.
Kepimpinan Najib terbukti kukuh dalam undian yang realiti dan penuh integriti berbanding mereka yang pro-pembangkang yang mengagung-agungkan undian dalam bentuk fantasi seperti di laman sosial Facebook dan tinjauan yang dilakukan oleh sumber yang tidak boleh dipercayai.
Usul undi tidak percaya yang cuba dimulakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat juga gagal apabila pihak pembangkang gagal menunjukkan bahawa mereka ada sokongan majoriti dari Ahli Parlimen untuk menyokong usul itu.
Pelbagai pihak hanya berani menentang kepimpinan secara suka-suka sahaja untuk membuat kecoh dan menjejaskan kestabilan negara. Padahal, apabila melibatkan undi yang hakiki, mereka semua sembunyi tangan dan enggan mengundi seperti apa yang diperkatakan.
Apapun, tindakan Cassandra membuat usul berkenaan sememangnya tidak boleh diterima kerana sebagai seorang pelajar dia seharusnya memberikan fokus kepada pembelajaran daripada cuba mencampuri urusan politik.

No comments