Legasi Mahathir (Part 3) Legasi Yang Bakal Lenyap Selamanya Dengan Kemaluan Terlampau
Bila anda berjumpa dengan Mukhriz, anda akan dapat merasakan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang ahli politik dan tidak berminat dengan tugas tersebut. Anda mendapat gambaran bahawa bapanya, Mahathir yang mahu beliau menjadi ahli politik sedangkan beliau lebih suka melakukan kerja lain dan menikmati kehidupan mewahnya.
Saya masih ingat kira-kira 30 tahun yang lalu pada tahun 1987, kritikan utama kita terhadap Tengku Razaleigh Hamzah adalah bahawa beliau berlagak seperti Anak Raja. Beliau memang seorang anak Raja, tidak dapat dinafikan. Namun dalam politik anda mesti dilihat sebagai seorang rakyat dan bukan sebagai orang yang elit, atau apa yang Melayu gelar sebagai Orang Bangsawan .
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang Anak Raja. Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Najib sekarang, bukan seorang Anak Raja tetapi beliau adalah seorang bangsawan.
Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, juga merupakan seorang bangsawan. Malah, bapanya, Onn Jaafar, sangat dihormati oleh orang Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu sehinggakan mereka memberi beliau pakaian seragam tentera untuk dipakai dan dibenarkan untuk berjalan-jalan dengan Katana (pedang samurai) di pinggangnya.
Orang Jepun memberi penghormatan yang tinggi terhadap kerabat diraja dan orang istana (malah, mereka melayan Maharaja mereka seperti Tuhan) . Oleh itu, kerabat diraja dan orang-orang yang berkaitan dengan istana diberikan kedudukan yang istimewa di bawah Imperial Sun Jepun.
Anda perlu memahami budaya Jepun sebelum 1940-an. Samurai berada di atas rakyat biasa tetapi di bawah Shoguns dan Maharaja. Mereka boleh memenggal kepala anda jika mereka tidak suka gaya rambut anda. Oleh itu ‘Samurai’ Melayu juga dilayan dengan cara yang sama .
Pada dasarnya, ini adalah status tiga Perdana Menteri Tanah Melayu – Malaysia yang pertama.
Kemudian muncul Perdana Menteri keempat pada tahun 1981, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau bukanlah seorang Anak Raja atau Orang Istana. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama daripada Orang Kebanyakan atau proletariat . Dan Shogun baru ini, Mahathir, marah dengan hakikat bahawa beliau merupakan orang nombor dua kepada Maharaja (Agong), walaupun Agong tidak mempunyai apa-apa kuasa politik tetapi hanyalah boneka semata-mata di atas takhta (seperti Maharaja Jepun sejak zaman Shogunate).
Oleh itu, Mahathir memutuskan untuk meletakkan Agong di tempatnya (seperti apa yang Shogun Jepun zaman dahulu lakukan kepada Maharaja mereka yang hidup dalam ketakutan dibunuh oleh Shoguns mereka). Perdana Menteri yang baru adalah daripada kalangan rakyat dan bukan lagi dari Istana. Umno suka peraturan baru dengan kuasa rakyat dan bukan kuasa daripada Istana.
Dari segi itu, ia adalah ‘kejayaan’ Mahathir. Beliau ‘mengajar’ Umno untuk menerima budaya baru di mana pemimpin mesti datang daripada kalangan rakyat dan bukan dari Istana. Apabila Tengku Razaleigh cuba untuk menentang Mahathir enam tahun kemudian, beliau gagal meyakinkan Umno bahawa beliau adalah daripada kalangan rakyat, dan bukan Orang Istana. Pleh itu, saya mulakan penulisan ini dengan mengatakan bahawa “kritikan utama kami terhadap Tengku Razaleigh Hamzah adalah bahawa beliau berlagak seperti Anak Raja.”
Mahathir mungkin telah berjaya dalam mendidik Umno ke arah mengamalkan budaya baru di mana pemimpin mesti datang daripada rakyat, namum beliau gagal mendidik anaknya sendiri, Mukhriz, bagaimana cara pemimpin mesti bertindak. Mukhriz melangkah gaya golongan pertengahan (bourgeois), bukannya golongan bawahan (proletariat).
Tiga puluh tahun yang lalu, Tengku Razaleigh berharap ‘status’ beliau boleh menjadikannya Perdana Menteri (malah, masih begitu). Tetapi itu hanya akan berjaya dengan Umno lama. Dalam Umno baru , (seperti yang dikatakan Tunku Abdul Rahman sebagai “Umno Mahathir “) ia tidak lagi membawa anda pergi jauh. Mahathir sepatutnya mengajar anaknya sendiri “golden rule” ini bagaimana untuk berjaya dalam Umno.
Inilah yang membezakan antara Khairy Jamaluddin dengan Mukhriz Mahathir. Secara tidak langsung, ia adalah satu rahmat untuk Khairy apabila bapa mertua beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi, digulingkan pada tahun 2009. Itu memaksa Khairy untuk tidak lagi cuba meneruskan rancangannya dengan menggunakan kekuatan sebagai menantu Perdana Menteri. Jika beliau mahu mencapainya, beliau perlu melakukannya atas kekuatan sendiri dan bukan bergantung pada bapa mertuanya.
Selepas 2009, Khairy perlu mencipta semula dirinya. Beliau perlu membuktikan kepada Pemuda Umno bahawa beliau adalah Khairy Jamaluddin dan bukannya Khairy Badawi. Dan saya perlu mengaku bahawa saya mengagumi Khairy untuk itu, walaupun beliau membenci keberanian saya kerana menulis ‘The Khairy Chronicles’.
(Khairy menyalahkan saya kerana penyingkiran bapa mertuanya. Beliau memberitahu saya pada satu petang apabila kami duduk merokok bersama. Beliau sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada saya kerana saya telah ‘membantu’ beliau untuk mencipta semula dirinya, walaupun bukan pilihannya sendiri) .
Apa yang saya ingin katakan adalah Khairy sekarang bertindak seperti seorang rakyat biasa (kerana beliau tidak mempunyai bapa mertua seorang Perdana Menteri) manakala Mukhriz bertindak seperti bapanya masih Shogun yang ditakuti oleh Maharaja yang duduk di Istana Negara. Dan ini adalah mengapa Mukhriz kalah pertandingan merebut kepimpinan Pemuda Umno kepada Khairy.
Khairy memberitahu Pemuda Umno, “Saya adalah Khairy Jamaluddin dan saya mahu menjadi pemimpin kamu.” Mukhriz memberitahu Pemuda Umno, ” Saya anak Mahathir dan bapa saya mahu saya menjadi pemimpin kamu.”
Pada tahun 1950, itu mungkin akan berjaya. Selepas tahun 1980, walaubagaimanapun, ia tidak lagi boleh diguna pakai. Tengku Razaleigh mempelajarinya dengan cara yang sukar (walaupun beliau masih terlalu degil untuk mengakuinya). Namun Mukhriz masih terlalu bodoh untuk menyedarinya (kerana baginya ‘daddy kasi’ kerja lebih baik daripada dedikasi).
Mukhriz menjangkakan jawatan kepimpinan itu diberikan kepadanya dengan senang. Tengku Razaleigh juga menjangkakan benda yang sama tetapi orang yang sama kedudukan dengan beliau tidak memperolehinya dengan cara itu. Dan Tengku Razaleigh adalah jauh lebih tinggi darjatnya daripada Mukhriz. Jadi, jika seorang individu seperti Tengku Razaleigh tidak boleh mendapatnya berdasarkan status, apa yang membuat anda fikir bahawa Mukhriz boleh mendapatnya?
Khairy bekerja keras untuk mendapatkan jawatannya. Beliau pergi merata untuk berjumpa dengan para perwakilan Pemuda Umno dan berkempen untuk sokongan dan undian mereka. Mukhriz duduk di atas ‘takhtanya’ dan berharap perwakilan Pemuda Umno untuk datang dan mengadap beliau (memberi penghormatan seperti yang anda lakukan kepada Sultan) . Itulah sebabnya Mukhriz kalah dan Khairy menang.
Apabila Mukhriz kalah, Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa ia adalah kesalahan anaknya sendiri. Sebaliknya, beliau menyalahkan orang yang dirasakannya tidak menyerahkan jawatan itu kepada anaknya. Dan orang yang gagal memastikan Mukhriz menang dan Khairy kalah adalah tidak lain daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya tidak perlu menyenaraikan lagi peristiwa mengenai pertandingan bagi Timbalan Pemuda Umno, Ketua Pemuda Umno, dan jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2004, 2009 dan 2013. Anda boleh membaca mengenainya dalam bahagian 1 dan 2 pada pautan di bawah.
Apa yang Mahathir tahu adalah Abdullah gagal memberi jawatan itu kepada Mukhriz pada tahun 2004 manakala Najib gagal memberikan jawatan itu kepada Mukhriz pada tahun 2009 dan 2013. Oleh sebab itu, Abdullah perlu disingkirkan dan itulah juga sebab mengapa Najib juga perlu disingkirkan.
Kegagalan Mukhriz dipersalahkan ke atas Abdullah dan Najib. Mukhriz kini tidak akan menjadi Perdana Menteri pada 2020 disebabkan kedua-dua Perdana Menteri itu. Ia bukan kesalahan Mukhriz. Ia adalah salah Abdullah dan Najib.
Mukhriz tidak berusaha untuk itu. Beliau tidak turun padang. Beliau mengharapkan ‘padang’ datang kepadanya, seperti yang seorang Sultan harapkan. Walaupun mereka mengadapnya, beliau tidak ingat siapa mereka atau nama mereka, walaupun beliau mungkin telah bertemu dengan mereka beberapa kali sebelum itu.
Dari segi itu, Tengku Razaleigh adalah lebih baik. Beliau ingat anda dan mengingati nama anda dan juga boleh bercakap dengan anda tentang sesuatu yang anda katakan kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Beliau membuat anda berasa istimewa dan melayan anda seolah-olah anda sentiasa di dalam hatinya. Mukhriz pula lain. Sekiranya semua ini tidak mencukupi untuk Tengku Razaleigh menang, bagaimana pula Mukhriz boleh mengharapkan keputusan yang lebih baik dengan prestasi yang buruk?
Bila anda berjumpa dengan Mukhriz, anda akan dapat merasakan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang ahli politik dan tidak berminat dengan tugas tersebut. Anda mendapat gambaran bahawa bapanya, Mahathir yang mahu beliau menjadi ahli politik sedangkan beliau lebih suka melakukan kerja lain dan menikmati kehidupan mewahnya.
Mukhriz akan menjadi sangat berjaya sebagai Sultan. Beliau bertindak seperti Sultan. Sebagai ahli politik, Mukhriz telah gagal. Lebih cepat beliau mengakui kegagalan beliau sendiri, lebih baik untuk keluarganya. Sekurang-kurangnya, bapanya boleh membuang pemikiran bahawa anaknya tidak akan menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 bukan kerana Najib menyekat beliau daripada menjadi Perdana Menteri tetapi kerana Mukhriz cuba untuk mendapatkannya dengan menggunakan nama bapanya .
Matlamat Mahathir adalah untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri supaya keturunan (dinasti) boleh diwujudkan dan legasi Mahathir akan selamat. Ia juga akan melindungi kekayaan keluarga dan kepentingan perniagaan. Namun tidak semua perkara berlaku seperti yang anda harapkan. ‘Kuda tunggangan’ yang ditunggangi Mahathir bukan pemenang seperti yang difikirkannya. Mahathir berharap bahawa beliau akan menang kerana kuda tersebut membawa nama Mahathir. Tetapi bolehkah kuda ini berlari, biar apa pun nama yang dibawanya?
Begitulah analis akhir yang dapat dibuat, di mana Mukhriz bukanlah pemenang tetapi seorang yang kalah. Jadi terimalah dan teruskan hidup. Anda boleh mengheret kuda anda ke dalam air tetapi anda tidak boleh memaksanya untuk minum. Kuda anda, iaitu Mukhriz tidak minum. Beliau juga tidak boleh berlari.
Post a Comment