Lim Kit Siang Cuba Alih Isu Skandal MEGA DAP Untuk Selamatkan Karier Politik Lim Guan Eng
Lim Kit Siang terlalu sibuk memikirkan tentang dana yang diberikan oleh Raja Arab kepada kerajaan Malaysia yang mana untuk digunakan atas pelbagai tujuan. Tindakan Kit Siang berulang ulang menyebut isu dana ini adalah untuk menutup Skandal MEGA DAP yang mana semakin terbongkar.
Kit Siang dalam kenyataan terbarunya telah menyebut berulang kali isu berkenaan. Namun dia lupa bahawa rakyat sekarang sedang bertanyakan tentang dana yang disumbangkan oleh Israel kepada DAP sebanyak RM1.2 Billion sehingga kini tidak pernah diterangkan kepada rakyat.
Berbagai pihak mendesak agar pencerahan tentang sumbangan Israel tersebut dibuat didalam sidang khas Parlimen untuk membuktikan DAP bersifat telus dan dakwaan yang dibuat oleh Mohamad Razali itu adalah pembohongan semata-mata.
Skandal “derma” yang masuk ke dalam perbelanjaan pilihanraya yang disumbangkan oleh Israel untuk menghancurkan pemerintahan Melayu Islam dalam negara ini bernilai RM1.2 bilion terus disenyapkan oleh Kit Siang berserta dengan ancaman perundangan yang dikatakan akan dikenakan terhadap Mohamad Razali masih tidak dilakukan.
Ekoran perkembangan Skandal MEGA DAP terbaru yang berkaitan dengan pembelian rumah bawah harga pasaran , Kit Siang juga cuba memutar belitkan semua kenyataan dan maklumat isu ini. Pelbagai dokumen telah dikeluarkan dan desakan ke atas SPRM telah dibuat oleh rakyat terhadap Lim Guan Eng.
Pada kali ini, Rakyat dengan tegas meminta supaya SPRM dan badan perundangan tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menyiasat Skandal MEGA DAP yang berlaku di Pulau Pinang dengan segera.
Rakyat juga turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan hanya semata mata untuk isu yang berkaitan dengan skandal tanah Taman Manggis dan juga pembelian rumah bahawa harga pasaran yang dibuat oleh Guan Eng.
DAP sering mengatakan bahawa terdapatnya skandal didalam kerajaan , namun pada waktu yang sama Skandal MEGA DAP amat banyak untuk disiasat secara besar-besaran dan ianya tidak pernah di bongkar sebelum ini.,
Kini skandal RM1.2 bilion tajaan Israel masih disenyapkan, dan sekarang rakyat perlu bangun untuk menyelamatkan negara ini dari persengkokolan DAP dengan Israel serta skandal Tanah Taman Manggis serta pembelian rumah bawah harga pasaran dibongkar agar rakyat tahu DAP telah membohongi rakyat dalam pemerintahan mereka.
Justeru itu , Kit Siang dan Guan Eng harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega yang kini viral di media sosial dan sedang menghantui rakyat dengan pembohongan DAP untuk sejak mula memerintah Pulau Pinang.
Post a Comment