Header Ads

Proton Berdepan Masalah Yang Cukup Serius.. Bukan Lagi Rahsia..



Pada Julai 1985, sewaktu Tun Dr Mahathir mengumumkan perlancaran Proton satu ketika dahulu, beliau membayangkan, seluruh rakyat Malaysia akan menggunakan kereta buatan tempatan ini. Malah, beliau membayangkan, Malaysia akan mengeksport modul keluaran negara ini ke pasaran antarabangsa, selepas 10 tahun penubuhannya.

Selepas 31 tahun kewujudan Proton di Malaysia, Proton hanya mampu memasarkan kereta mereka ke Thailand, Singapura, Indonesia dan beberapa buah negara blok dunia kedua dan ketiga dunia. Ini jelas bertentangan dengan hasrat Tun M sendiri yang mahu mengeksport kereta Proton ke China, Jepun malah kenegara-negara Eropah seperti yang beliau janjikan.

images (8)

Paling mengharukan, ramai dikalangan rakyat Malaysia sendiri beransur-ansur meninggalkan jenama ini dan kembali berminat untuk membeli jenama Toyota, Honda dan lain-lain keluaran yanga da dipasaran dunia.
Statistik menunjukkan, jualan kereta Proton pernah mencecah 74 peratus di pasaran tempatan sebelum merudum kepada 15 peratus tahun lalu. Malah pasaran eksport Proton juga menunjukkan penurunan mendadak sehingga menyebabkan ada diantara negara, tidak lagi berminat untuk membawa masuk kereta nasional ini.
Lebih memburukkan keadaan, sebelum Tun M kembali mempengerusikan Proton, pasaran Proton berlegar diantara 21 hinnga 23 peratus. Ini belum lagi dikira bagaimana Proton pernah menjual sehingga 215 ribu unit setahun sebelum ianya menurun kepada 158,657 setahun dan terus menjunam kepada 102,175 unit tahun lalu.

images (9)

Untuk bulan Januari dan Februari tahun ini sahaja, jualan kereta Proton terus mencatatkan kemerosotan mendadak. Untuk bulan Januari tahun ini, jualan kereta Proton berjumlah 7,743 berbanding 8,900 pada tahun lalu. Bagi bulan Februari pula, sebanyak 5,947 unit terjual berbanding 8,254 unit pada Februari tahun lalu.
Malah, pada 2011, Proton mempunyai RM 4.8 bilion simpanan tetap mereka untuk digunakan bagi mengurus tadbir perniagaannya. Namun pada Mac 2015, jumlah simpanan Proton menurun dengan mendadak dengan hanya RM 1.8 bilion sahaja yang ada sejak DRB-Hicom mengambil alih Proton.
Proton juga mencatatkan kerugian berjumlah RM 646 juta untuk tahun 2015, jumlah yang sama dialami oleh 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2014, setahun sebelum Arul Kanda Kandasamy mengambil alih syarikat pelaburan milik kerajaan berkenaan. Paling mengejutkan, Proton mencatatkan kerugian mencecah RM 1 bilion pada penghujung Mac 2016, sebaik sahaja penyata kewangan berakhir baru-baru ini.

images (6)

Tidak cukup dengan itu, Proton juga gagal menjual sebanyak 30,000 unit kereta mereka yang kini tersadai di Tanjung Malim, Sijangkang dan kesemua rangkaian pengedar Proton Edar di seluruh negara. Ini menyebabkan Proton gagal untuk melunaskan bayaran mereka kepada pihak vendor dan pembekal pembuatan kereta mereka.
Inilah hakikat yang berlaku didalam Proton disaat syarikat-syarikat seusia dengannya kini sudah mengorak langkah jauh kehadapan dalam memajukan syarikat mereka. Adakah Tun M mahu menidakkan statistik yang dibentangkan oleh Automobile Association of Malaysia (AAM) yang bertanggungjawab mengawal selia semua jualan kereta di Malaysia?

No comments