MALUNYA! LIM GUAN ENG DAP CIPTA SEJARAH !!

Dalam percubaan Lim Guan Eng dan DAP cuba membuat diversion terhadap skandal banglo No Swimming Pool dan tanah Fasa 2 Taman Manggis, lakonan Lim Guan Eng DAP tidak menjadi.
Beliau mahu tunjuk prihatin kepada tanah PERDA tetapi telah ditempelak dan menjadi satu lagi bahan jenaka rakyat Malaysia. Anda baca kenyataan media di bawah:
Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
Isnin, 4 April 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberikan tumpuan menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh SPRM ke atas dirinya berhubung pembelian banglo oleh beliau di bawah harga atau nilaian pasaran.
Mengenai penjualan tanah oleh PERDA di Kampung Tok Keramat di Daerah SPS ; Lim Guan Eng boleh meminta SPRM melakukan siasatan dengan membuat laporan kepada SPRM sekiranya beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan tanah tersebut.
Lim Guan Eng tidak perlu bersusah payah cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan salah laku terhadap dirinya kepada penjualan tanah oleh PERDA kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang.
Hari ini Lim Guan Eng turun melawat tanah di Kampung Tok Keramat untuk melihat dan menilai kesan mendapan tanah.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah 7 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, beliau turun melawat tanah PERDA atau tapak projek perumahan agensi-agensi kerajaan Persekutuan.
Sekiranya beliau sanggup turun padang melawat tapak cadangan projek-projek lain, saya percaya isu-isu permohonan Kebenaran Merancang oleh agensi-agensi Persekutuan yang tertunggak sejak 2012 mampu diselesaikan.
Terima kasihBukan sahaja memalukan dan 'pertama dalam sejarah', 'keprihatinan' secara TIBA-TIBA Guan Eng DAP ini juga dipersoalkan.
Menurut DS Zainal Abidin Osman, sejak 2012 sehingga kini, sejumlah 15 permohonan Pelan Kebenaran Merancang (12 di kawasan Seberang Perai dan 3 di kawasan Pulau) mengandungi 9444 unit perumahan dikemukakan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd belum diluluskan oleh kerajaan DAP negeri!
What a shame!
Dalam masa yang sama, wayang LGE ini juga telah ditempelak oleh jurutera profesional, Dato' Dr Ir Shaik Hussein!
Anda baca:
Tidak ada mana2 pakar kejuruteraan geoteknik atau jurukur bahan yang dapat menganggarkan kos pembaikan mendapan tanah hanya dengan mata kasar sahaja.
Harga Tanah pengambilan 1.7 juta yg dicanang okeh Ketua Menteri adalah harga tanah untuk kesuluruhan 20 ekar yg bukan lagi milik Perda tetapi pihak lain.
Ternyata semua kenyataan nya hanya untuk membina persepsi buruk terhadap YB Shahbudin kerana telah membongkar skandal banglo dan taman manggis.
Semua pakar kejuruteraan akan memerlukan laporan kajian tanah terperinci untuk menghasilkan rekabentuk terbaik buat jangkamasa panjang mendapan dan kestabilan tanah.
Persoalannya kalau dengan mata kasar sahaja CM dapat menilai harga pembaikan tanah ini maka sudah pasti dia dapat menilai harga banglo yg didiaminya selama lebih 7 tahun.
Nasihat saya kepada Ketua Menteri adalah jangan pusing dan cuba menjadi pakar kejuruteraan dan pakar kos tetapi jadilah pakar jawab persoalan skandal Taman Manggis dan banglo bila dipanggil SPRM dan polis nanti.
Dato Ir Shaik Hussein,
Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO Pulau PinangWah ….. sekarang LGE sudah terer macam jurutera pula. What a joke!
Dan benar …….. diversion Guan Eng tidak menjadi dan terpalik balik ke muka sendiri. Skandal banglo No Swimming Pool dan tanah Fasa 2 Taman Manggis terlalu besar untuk ditutup.
Cukup-cukuplah Guan Eng …….. rakyat muak dengan diversion anda dan mahu anda bersikap gentleman, transparens dan jawab skandal anda.
Dan lebih baik jika Guan Eng DAP 'melawat' kampung-kampung yang diroboh oleh agensi kerajaan DAP dan juga rakyat Pulau Pinang yang diminta mengosongi rumah-rumah mereka
Post a Comment