Header Ads

Malaysia Perlukan Rakyat Yang Amanah, Bukan Pemecah Amanah Macam Rafizi

Rafizi

“Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.” (Surah  Al-Baqarah: Ayat 217)
SEMALAM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN di hadapan pintu keluar Parlimen.
Rafizi ditangkap  di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA). Wan Azizah mendakwa yang Rafizi ditangkap dengan cara ala Gestapo di mana beliau telah ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah Rafizi merupakan seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.
Adakah Wan Azizah mahu menafikan firman Allah s.w.t bahawa “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.” (Surah  Al-Baqarah: Ayat 217). Kita amat maklum bahawa Rafizi TERLALU kerap menabur fitnah dan setiap kali fitnah tersebut didedahkan maka beliau dengan selamba menjawab bahawa ianya sekadar gurauan semata-mata sedangkan fitnah tersebut sememangnya dengan niat jahat melampau.
Fitnah dari Rafizi bukan sekadar merosakkan individu yang menjadi mangsa sahaja, malahan ianya juga seolah-olah bertujuan untuk merosakkan negara dan rakyat yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi disamping melaksanakan lebih daripada 70% perundangan Islam, sebagaimana yang diiktiraf oleh badan profesional dunia baru-baru ini.
Memetik kenyataan Bernama pada Isnin lepas,  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang dibuat ahli politik itu terhadap LTAT.
Pengerusinya, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata: “Jelas sama sekali bahawa tuntutan yang dibuat oleh Rafizi adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat.
“Ia bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.”
Mungkin Wan Azizah lupa atau sebenarnya beliau sengaja lupa bahawa Malaysia perlukan rakyat yang amanah bukannya pemecah amanah seperti Rafizi. Banyak undang-undang negara dan undang-undang Allah yang telah Rafizi langgar. Kini sudah sampai masanya beliau menerima hukuman atas perbuatan beliau yang cukup tidak bertanggungjawab tersebut.
Kita juga tahu bahawa perjuangan parti Keadilan berkisar tentang “survival” Anwar Ibrahim semata-mata. Momokan demi rakyat untuk rakyat yang dilaungkan oleh parti tersebut sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, tindakan Rafizi yang berniat jahat untuk merosakkan pihak yang difitnah dan negara bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dosa dan pahala seolah-olah tidak pernah ada dalam kamus hidup mereka.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)
  • share from :PRU14.tv

No comments