Header Ads

Terbongkar Nya Kisah Skandal Mega DAP... PAKATUN HARAMJADAH Bakal Berkubur...

lim guan eng

Kempen Democratic Action Party (DAP) untuk Pilhanraya Negeri Sarawak bermula dengan skandal urusan jual beli Taman Manggis yang bersangkut dengan isu banglo RM2.8 juta milik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Walau cuba diyakinkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mahu rakyat Sarawak memilih DAP untuk menerajui Bumi Kenyalang, rakyat Sarawak tidak mudah menerima pujuk rayu Ahli Parlimen Gelang Patah yang kini ketandusan isu untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Adenan Satem.
3 objektif yang digariskan Kit Siang untuk Sarawak agak tidak relevan untuk dikemukakan sebagai sebab mengapa DAP perlu di pilih oleh penduduk Sarawak.
Kemenangan Pakatan Harapan
Kemenangan untuk Sarawak
Kemenangan untuk Malaysia
Apa yang cuba DAP buktikan dengan 3 objektif tersebut? Beliau cuma mahukan rakyat Sarawak menerima Pakatan Harapan sebagai sebuah ikatan pembangkang yang sebenarnya tidak sekuat Barisan Nasional bagi membentuk sebuah kerajaan yang mampu menjamin keselesaan rakyat.
Imej Pakatan Harapan yang kian tercalar amat payah dipulihkan apabila perebutan kerusi jelas berlaku di kalangan pembangkang.
Parti Amanah Negara (PAN) yang menjadikan PRN Sarawak sebagai penanda aras sokongan terhadap kepimpinan Mat Sabu sebenarnya tidak menjamin kemenangan mutlak bagi setiap kerusi yang ditandingi memandangkan mereka akan berhadapan dengan calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang turut meletak calon bukan Islam bagi mewakili parti tersebut.
Malah kemelut PAN yang mehukan kerusi selamat bagi setiap calon mereka tentu tidak disenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut bertanding merebut kerusi di Sarawak.
PAN yang hanya mendokong watak ‘pemecah undi’ tentu tidak akan tunduk dengan PKR kerana mereka akan bertanding buat kali pertama sebagai sebuah parti serpihan PAS.
Tentu kekuatan PAN tidak setanding PAS apabila mereka tidak mampu membawa apa apa untuk rakyat Sarawak selain menjadi ‘keldai’ tunggangan DAP. PAN yang tidak mempunyai pengalaman bertanding secara solo tentunya tidak memahami sosio budaya politik Sarawak dan ini bakal menimbulkan masalah buat PH.
DAP yang tidak banyak pilihan pasti akan meletakkan calon PAN untuk di’korban’kan bagi memberi laluan buat PKR dan DAP mendominasi PRN Sarawak.
Jelas kehadiran PAN tidak lebih dari sekadar memenuhi syarat Pakatan Harapan dan bukannya untuk membantu rakyat Sarawak. Permainan politik DAP yang jauh lebih licik tidak boleh di’baca’ Mat Sabu kerana terpedaya dengan DAP yang menjanjikan perkongsian kuasa jika menguasai Dewan Sarawak kelak.
PKR turut bergelut dengan krisis kepimpinan pusat apabila hanya memperjuangakan Ketua Umum mereka dan bukan rakyat secara keseluruhan.
Pergeseran antara pimpinan tertinggi PKR ketara apabila Wan Azizah selaku Presiden PKR tidak hadir semasa pembangkang menandatangani deklarasi rakyat bersama Tun Mahathir.
Semakin jelas sengketa antara PKR dan rakan dalam Pakatan harapan apabila kelibat Azizah tidak kelihatan dalam demonstrasi menuntut penghapusan Gst yang dianjurkan PAN.
DAP selaku parti dominan Pakatan Harapan tentu tidak dapat menyatukan semua pembangkang di bawah satu bendera dan ini bakal menjadi satu kecelakaan kepada kerjasama mereka.
PKR pasti akan menuntut kerusi yang mereka yakin boleh dimenangi dan perebutan 3 penjuru bakal berlaku kerana Pakatan Harapan tidak pernah sepakat dalam soal pengagihan kerusi.
Kehadiran PAN juga menggugat kedudukan PKR sebagai rakan utama dalam PH dan ini akan membibitkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka kerana DAP pastinya akan menurut kehendak ‘keldai’ mereka PAN.
Kerjasama pembangkang yang amat rapuh tidak menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak dan pastinya pengundi tidak mahu memperjudikan nasib mereka di tangan pembangkang yang tidak stabil.
Kerjasama pembangkang tidak pernah meyakinkan pengundi apabila mereka tidak pernah menggunakan satu bendera untuk membawa imej Pakatan Harapan.
Rakyat Sarawak perlu diingatkan kewujudan Pakatan Harapan adalah kerjasama yang sangat tidak menjamin kestabilan. Jika PAS boleh disingkirkan daripada kerjasama pembangkang apatah lagi parti parti lain di Sarawak yang mahu menjalin kerjasama dengan mereka. Tidak mustahil penyingkiran parti yang bernaung dengan PH berlaku jika DAP tidak berpuashati dengan mereka.
Kemenangan untuk Sarawak yang dijanjikan DAP pula tidak lebih dari retorik politik parti sosialis sekular yang mahu menjadikan hasil bumi Sarawak sebagai ‘lombong emas’ mereka apabila Pulau Pinang tidak lagi diperlukan DAP.
Bagi menjamin kantung DAP sentiasa penuh, kekayaan Sarawak menjadi buruan untuk dijadikan ‘deposit’ mereka bagi menjamin kelancaran parti itu.
Selama DAP memegang beberapa kerusi di Sarawak, kemajuan kawasan tetap di bawa oleh BN dan mereka mendakwa dengan kehadiran pembangkang sebaik mereka maka rakyat Sarawak memperolehi kesenangan.
Kit Siang tidak mampu menyangkal kemajuan yang dibawakan BN kepada Sarawak selama ini dan yang paling utama DAP tidak pernah memberi apa apa kemajuan kepada rakyat Sarawak.
Skandal yang mewarnai DAP ketika ini cuba dialaihkan Kit Siang dengan membangkitkan kebencian rakyat Sarawak dengan isu GST. Umum mengetahui DAP sendiri tidak menolak keperluan mengenakan cukai GST dan pembangkang juga pernah mengakui bahawa mereka turut akan mengenakan cukai tersebut jika memerintah, malah mungkin lebih tinggi dari kadar sekarang yang hanya mengenakan 6%.
Mungkinkah pembangkang akan mengenakan hingga 10% jika mereka menguasai Parlimen? Kit Siang perlu menjawap persoalan mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang turut menggunakan kaedah cukai GST dan menaikkan kadar cukai terhadap rakyat di Pulau Pinang sedangkan mereka berjanji tidak akan membebankan rakyat? Jelas sekali DAP tidak mampu menunaikan janji mereka kepada rakyat P.Pinang apatah lagi jika mereka diberikan mandat memerintah Sarawak.
Kit Siang yang mendakwa kemenangan DAP di Sarawak adalah untuk Malaysia merupakan satu pembohongan nyata terhadap rakyat Sarawak. Beliau yang mewakili Gelang Patah tidak pernah peduli kawasannya sendiri malah pernah dilempar telur oleh ahli DAP sendiri semasa hendak menyampaikan ceramah di Pahang.
Apa yang hendak Kit Siang selamatkan? Beliau mengetahui pembongkaran skandal DAP yang melibatkan anaknya membuka mata banyak pihak terutama penyokong mengenai penyelewengan yang selama ini dilakukan tanpa pengetahuan rakyat.
Kedudukan Guan Eng yang tidak menetu perlu dipulihkan Kit Siang dan beliau memilih Sarawak sebagai lokasi ‘membersihkan’ imej Ketua Menteri P.Pinang.
Pelbagai cerita karut akan dimainkan Kit Siang dan DAP bagi meraih simpati rakyat Sarawak supaya memberi undi kepada mereka sebagai tanda sokongan. Beliau berharap PRN Sarawak akan mengalih perhatian netizen dari terus memperkatakan skandal DAP yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Jelas sekali isu Guan Eng akan digunakan DAP bagi membuktikan mereka sebenarnya tidak seperti yang terpampang di dada akhbar serta media sosial.
Ini sebenarnya maksud Kit Siang dengan objektif menyelamatkan Malaysia. Beliau yang tidak mahu rakyat mempersoalkan skandal dana RM1.2 billion yang di terima DAP dari pihak Israel.
DAP yang dilihat  cuba membawa isu nasional ke Sarawak sebagai bahan kempen. Pendedahan oleh Mohammad Razali yang juga bekas ahli DAP mengenai kewujudan kerjasama DAP dengan pihak Israel dan latihan yang mereka terima dari pihak zionis cuba dipadamkan oleh Kit Siang dengan mencipta isu yang tidak relevan dengan rakyat Sarawak.
DAP sebenarnya ketandusan ‘peluru’ untuk menyerang BN Sarawak apabila Adenan Satem mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tan Sri Taib Mahmud. Rekod cemerlang BN Sarawak sememangnya diakaui DAP menjadi halangan buat mereka menembusi sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Sarawak kepada Ketua Menteri dan BN Sarawak.
Malah untuk menandingi Adenan pun Kit Siang tidak mampu lakukan dan jalan mudah bagi DAP ialah menabur fitnah dan omongan kosong bahawa DAP akan memerintah dengan adil dan saksama jika di beri peluang.
DAP yang tidak mampu memerintah sebuah negeri kecil pasti akan bermasalah untuk memerintah negeri yang mempunyai keluasan hampir sama dengan Semenanjung.
DAP yang kian songsang dari matlamat menjadi pembangkang kini semakin menghampiri detik kemusnahan akibat salah laku dan sikap tamak mereka sendiri. Rakyat Sarawak memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menjamin kemakmuran Bumi Kenyalang dan penduduknya.
Barisan Nasional tetap akan menjadi pilihan terbaik rakyat Sarawak dan DAP hanya akan mampu melihat kehancuran Pakatan Harapan di Sarawak.