PRK P.093 SUNGAI BESAR : KPN Terima Laporan Kempen Provokasi Di PRK Sungai Besar
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung provokasi pada kain rentang dan papan iklan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Beliau berkata pihaknya akan meminta pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan.
“Kain rentang dan papan iklan itu dilihat berbaur provokasi dan ia perlu diturunkan dengan kadar segera.
“Polis akan menyiasat individu yang buat provokasi-provokasi ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang dan papan iklan itu jika gagal dipatuhi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad ke-81, di sini,
Post a Comment