Header Ads

Tun Mahathir Tidak Patut Guna Dendam Peribadi Bantu Pembangkang



SUNGAI BESAR - Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menjadikan dendam peribadinya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai isu dalam usahanya membantu kempen calon pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas perdana menteri itu yang lebih berminat untuk memperjuangkan politik peribadinya daripada memberi penekanan terhadap pembangunan di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut.





"Motif beliau (Dr Mahathir) adalah untuk menjatuhkan perdana menteri sedangkan rakyat perlu memilih wakil rakyat bagi mengisi kekosongan (kerusi Parlimen) dan yang boleh membantu membela nasib mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri kampung memasak bubur lambuk dan nasi ambeng di Kampung Seri Sentosa, Sekinchan di sini, hari ini.

- BERNAMA