#Bila Tun Mahathir Nak Saman WSJ? Lebih 7 Tahun Isu Penyelewengan Didedahkan..
TUDUHAN bekas editor Wall Street Journal(WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya sehingga kini belum diambil sebarang tindakan.
Mengapa Tun Dr Mahathir tidak menyaman Wall Street Journal(WSJ) atas tuduhan tersebut. Adakah tuduhan tersebut benar? Atau adakah WSJ kini “membayar” harga tuduhan tersebut dengan menyiarkan fitnah-fitnah seperti yang diarahkan oleh Mahathir dan kumpulan Anti Najib Club (ANC)?
Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Kita perlu tahu bahawa RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini.
Dalam buku, “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”, Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan.
Perkara tersebut dikatakan berlaku walaupun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran Mahathir adalah “bersih, cekap, amanah.”
Menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan “satu dekad untuk tingkah laku yang buruk” atau “satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik”.
Langkah Dr Mahathir yang tidak pernah menyaman Wain boleh didefinasikan bahawa dakwaan itu kekal. Memandangkan Dr Mahathir tidak menyaman Wain, adakah ini bermakna tuduhan itu benar? Kini rakyat Malaysia tertanya-tanya akan kedudukan sebenar pertuduhan tersebut.
Mahathir dan pengikut beliau telah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menyaman WSJ atas beberapa pertuduhan palsu mereka.
Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ. Bagi Mahathir, jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, maka ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.
Dalam isu Maverick Malaysia, rakyat Malaysia kini mendesak Mahathir pula agar menyaman WSJ atas tuduhan tujuh tahun lalu. Mengapa sehingga kini Mahathir tidak melakukan perkara sepatutnya terutama seperti desakan yang beliau sedang lakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia sekarang?
Hipokrasi yang sedang dipaparkan oleh Mahathir dan konco-konconya memang amat memualkan rakyat Malaysia. Mereka dapat melihat dengan jelas sikap Mahathir yang sombong, bongkak dan penuh dengan agenda peribadi yang berniat jahat terhadap kerajaan Malaysia. Sudah sampai masanya Mahathir berhenti menganiaya rakyat dan negara.
- #PRU14.tv
Post a Comment