Strategi Baharu Mahathir Jatuhkan PM
Setelah gagal menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai platform untuk melancarkan serangan baharu.
Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, bekas Perdana Menteri itu cuba memastikan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara TNB dan YTL Power International Bhd. (YTL Power), tidak akan diteruskan. Menurut Raja Petra, Dr. Mahathir seolah-olah mahu menunjukkan kepada Najib bahawa beliau masih mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. “Dr. Mahathir mahu menjatuhkan air muka Najib secara terang-terangan,” katanya melalui laman blog tersebut (http://www.malaysia-today.net) semalam.
TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini menyatakan, syarikat utiliti itu sedang mengkaji untuk memulakan proses perundangan bagi membatalkan arahan Suruhanjaya Tenaga serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan PPA dengan YTL Power. Jelas TNB, ia berkaitan arahan Suruhanjaya Tenaga kepada TNB pada 7 April lalu supaya menghapuskan syarat-syarat baharu yang mahu diperkenalkan di dalam PPA yang akan ditandatangani YTL Power. Raja Petra mendakwa, Dr. Mahathir berbuat demikian kerana beliau memerlukan pemangkin untuk mencetuskan konflik. “Dr. Mahathir berharap Najib akan dimalukan sekiranya TNB membawa kes ini ke mahkamah,” jelasnya.
Beliau turut mendakwa, Dr. Mahathir ingin ‘mengajar’ YTL Corporation Berhad (YTL) berikutan keengganan syarikat itu menyumbang dana bagi gerakan menjatuhkan Perdana Menteri. “Atas sebab itu, YTL perlu ditundukkan melainkan ia bersetuju untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya RM200 juta kepada dana berkenaan,” katanya. Sementara itu, jurucakap TNB ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya enggan mengulas tentang dakwaan Raja Petra tersebut.
Posts related to Strategi baharu Mahathir jatuhkan PM
Mahathir cuba lindungi anak daripada didakwa?
Pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin mendakwa serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kaitan dengan satu kes yang ...Kumpulan ‘anti-Najib’ semakin terdesak
Kumpulan yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam keadaan terdesak berikutan segala perancangan mereka tidak berhasil. Pengendali portal ‘Malaysia Today’, Raja ...Tun Mahathir : Arahan Anwar Bukan Luar Biasa
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu ...Mahathir Mahu Mukhriz Menjadi Perdana Menteri
SUNGGUHKAH serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak hanya untuk menjayakan tujuan peribadinya? Iaitu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri ...1MDB kesal Dr Mahathir terus keluar kenyataan mengelirukan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan salah dan mengelirukan secara berterusan terhadap syarikat pelaburan strategik ...Anifah Bidas Kecaman Tun M Dalam Surat Kepada New York Times
Menteri Luar membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika ...Mahathir korban prinsip semata-mata agenda jatuhkan Najib
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan amat malang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengorbankan prinsipnya semata-mata kerana agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri ...1MDB: Pembelian aset tenaga beri manfaat kepada negara
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menegaskan bahawa pembelian aset tenaga mempunyai nilai jangka panjang yang menarik dan memberi manfaat kepada negara. "Kami percaya dengan ...Syak Waasangka: Hanya Peletakan Jawatan Najib Puaskan Mahathir
"Dr Mahathir mempunyai banyak syak wasangka dan persoalan. Tetapi apabila jawapan diberikan, beliau enggan menerimanya malah menuduh mereka menipu. Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri ...Raja Petra Beri Kenyataan Kepada Polis
Polis Di-Raja Malaysia telah mengambil kenyataan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin di Bangkok semalam. Kenyataan itu direkodkan secara sukarela di hotel penginapan Raja ...1MDB: Desakan Najib Letak Jawatan Akan Sebabkan Negara Mundur - Samy Vellu
Desakan segelintir pihak tertentu yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan menyebabkan negara mundur, kata bekas Presiden MIC ...Mahathir suka ‘alih tiang gol’ dalam cubaan jatuhkan Najib
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering memberi ramalan dan fakta yang berbeza-beza dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ...
Post a Comment