Header Ads

Mukhriz Rela Dikuli Batakkan Bapak Dia Mahathir ...


Rasanya sejak dari lahir lagi hidup bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selalu di atur oleh bapanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mana tidaknya, korang tengok jela segala tindak-tanduk Mukhriz… Semuanya menunggu arahan daripada bapanya!
Selama ni apa sahaja yang dilakukan Mukhriz adalah hasil daripada aturan bapanya, Mahathir! Daripada tak ada apa-apa sehinggalah Mukhriz berjaya membina ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’, malah kekayaan Mukhriz juga bapa dia yang bagi.
Mukhriz umpama sotong yang takde tulang… Tak mampu nak bergerak sendiri kerana semuanya bapa dia yang tolong! Mukhriz hanya menjadi khadam dan hamba abdi kepada Mahathir sahaja, kerana Mahathir saja yang boleh memberi arahan kepadanya..
Kekayaan harta Mukhriz??! Semuanya dari pemberian Mahathir!! Hasil daripada rompakan dalam parti UMNO! Setelah berjaya membina empayar kekayaan yang menggunung sehingga tujuh keturunan tak habis makan, maka generasi Mahathir meninggalkan UMNO dengan alasan parti tu sudah ‘bermasalah’ dan ‘mereng’.
Sudah kaya raya, maka dorang pun tinggalkan UMNO… Nak cakap yang keluarga dorang memang asal kaya-raya?? Menipu sangat, sebab ayah Mahathir langsung tak tinggalkan harta pusaka yang bernilai jutaan ringgit… Yela, bapa kepada Mahathir cuma bersara sebagai guru besar je beebbb! Mana datangnya harta berjuta ringgit tu, kalau bukan daripada jasa UMNO!
Itu pun jangan…. Mukhriz dok buat sembang kemas mengutuk dan bercakap pasal ‘RASUAH DAN KETIRISAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB RAZAK’! Bapa dia tu bagaimana pulak?! Dok bina piramid kekayaan sejak berkurun lamanya… Menjadi pemimpin diktator dan menghapuskan segala musuhnya.
Kini Mukhriz hanya menjadi balaci kepada Mahathir, untuk meneruskan dan menjadi pengganti Mahathir dalam menghakis kekayaan negara sebagai bekal kepada anak cucu mereka pulak. Mukhriz tak payah dok cakap pandai la, kalau segala ‘jalan kejayaannya’ tu semua telah diatur Mahathir. Mana botak tu berani berjuang jika tanpa Mahathir.
Kalau korang nak tahu, jika bapanya tak jadi perdana menteri selama 22 tahun.., pasti hidup dorang tengah merempat sekarang! Sekarang ni pula Mahathir tengah atur jalan untuk anaknya naik menjadi perdana menteri, sebab nak ganti pentadbirannya dahulu. Tak puas lagi agaknya Mahathir ni nak jadi perdana menteri.
Kalau Mukhriz jadi perdana menteri sekalipun, pasti tangan dan kakinya digerakkan oleh tali yang diikat oleh Mahathir. Sebab Mahathir nak terus menghakis dan mngumpulkan harta melalui projek-projek kerajaan seperti dilakukannya selama 22 tahun dulu.
Kalau tidak, takdenya anak-beranak dorang nak hidup kaya raya dan mampu menghasilkan wang berjuta-juta ringgit kalau tak pun berbilion ringgit setahun. Dorang dah kikis habis, sekarang boleh pula dorang nak cakap yang rakyat terpaksa tanggung hutang-hutang yang dibuat oleh Najib! Hahaaa… Mudahnya hidup dorang, dah kikis habis kemudian salahkan Najib.
Cuba korang fikir, macam mana pegawai-pegawai Mukhriz boleh kaya-raya sedangkan dorang cuma bekerja untuk Mukhriz selama tiga tahun pemerintahannya. Dah tu, langsung tak bawa sebarang perubahan untuk negeri Kedah. Apa yang Muhriz tahu, cuma berlakon dan berlagak alim pakai lebai dan jubah segala… Pergi makan kenduri sana sini… Kerja satu habuk tak buat.
Itu pun jangan… Mukhriz masih nak berlagak suci dan baik… Nak bercakap pulak pasal rasuah! Kenapa tak dedahkan sahaja dari mana keturunan dorang boleh kaya-raya sampai begitu sekali. Pastinya hasil daripada perahan wang Petronas, KWSP, Tabung Haji, Bank Pembangunan dan sebagainya untuk Mukhriz adik-beradik hidup senang lenang.. Tak payah cakap pandai la Mukhriz oi, kalau hidup hang pun bapak hang yang dok atoq!.