Header Ads

Mahathir Sedang Bermain Dengan Persepsi Fitnah Ciptaan Sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terang-terangan menyokong tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang merampas aset 1MDB dan mengenakan saman terhadap syarikat kerajaan itu. Hairan sungguh, menurut Mahathir tindakan DOJ itu bukan merupakan campur tangan kuasa asing. Iyeke bukan??
Habis tu selama ni yang Mahathir bukan main lagi menolak sebarang campur tangan dari kuasa asing, takpe pulak… Sekarang ni cakap, tu bukan campur tangan kuasa asing pulak. Kemudian dakwa pulak tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengutuk campur tangan tersebut sebagai satu cubaan untuk memutar-belitkan fakta.
Tuduhan Mahathir semakin meliar apabila dia menuduh rampasan aset itu semua adalah balasan atas ‘tindakan’ dan ‘kesalahan’ keluarga dan rakan perdana menteri, yang dikatakan telah melanggar undang-undang Amerika Syarikat.
“Najib dan konco-konconya memikir akan cara untuk memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.
“Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib.
“Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuhkan seseorang, banyak cara yang boleh digunakan.., seperti yang kita lihat di Timur Tengah.
“Yang sebenar berlaku ialah pencabulan undang-undang negara Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan Malaysian Official 1,” katanya dalam tulisan di blog miliknya.
Tuduh Mahathir, 1MDB menggunakan duit haram untuk membeli aset dan itu adalah satu jenayah di kebanyakan negara, dan tindakan yang sama biasanya diambil terhadap mereka yang membelanjakan ‘wang yang dicuri’. Hairan… Mahathir ada bukti ke nak tuduh yang tu wang curi??
“Duit berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza Aziz dan Jho Low menggunakan wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah ‘The Wolf of Wall Street’.
“Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika menggunakan bank Amerika dan dibelanja di sana, maka ia melanggar undang-undang Amerika.
“Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang mengikut negaranya, seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia.
“Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara,” ujarnya,
Tuduhan orang tua nyanyuk ni bukan boleh pakai sangat… Dia sengaja menimbulkan onar bagi rakyat terus membenci Najib, dan mengeluarkan spekulasi tidak benar mengenai kenyataan itu. Lain kali tunjuk bukti dulu, baru keluarkan kenyataan.