Header Ads

PRU-14 Bakal Saksi Perebutan Kerusi Kronik Antara Dap, PKR, PAN Dan Pribumi

Pembangkang Rebut Kerusi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal menyaksikan krisis perebutan kerusi yang kronik antara Dap, PKR, PAN dan parti baru Pribumi malah lebih teruk adalah krisis untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ketua pembangkang.
Jelasnya, ramai yang mengetahui walaupun mereka ini bergabung namun tidak mempunyai rasa percaya antara satu sama lain kerna gabungan mereka hanya atas dasar mahu menumbangkan UMNO dan merampas kuasa.
“Jika dilihat pada keputusan PRU13, Dap memiliki 38 kerusi, PKR memiliki 31 kerusi dan PAN miliki enam kerusi, yang mana jumlah kerusi yang ada adalah sebanyak 75 kerusi.
“Untuk memiliki Putrajaya perlukan ‘simple majority’ iaitu 112 kerusi. Pakatan Harapan baru itu masih kekurangan 37 kerusi lagi. Persoalannya mahukah Dap, PKR dan PAN beri kekosongan itu pada parti Pribumi?,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru itu ujar Azrinizam, sudah pasti krisis besar akan berlaku dan itu belum lagi dicampur kerusi DUN yang mahu ditandingi.
Di Pulau Pinang baru baru ini jelas beliau lagi  Dap terpaksa membatalkan cadangan mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) semata-mata hanya kerana PKR minta lebih dua kerusi.
“Maka ini jelas terbukti Dap sama sekali tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk rakan sekutu apatah lagi untuk kerusi parlimen. Sudah pasti akan bertelagah, bergasak dan bertengkar antara pakatan pembangkang ini.
“Mereka akan bertanding atas logo masing masing. Atas perlembagaan parti masing masing. Inilah bukti mereka ini tidak boleh dipercayai”, katanya.
Atas rasa tamak dan tidak sanggup berkorban itu jugalah tambah beliau gabungan pembangkang ini tidak berani untuk bertanding di bawah satu logo dan perlembagaan parti seperti mana Barisan Nasional (BN).
“Selagi itu belum ada, maka agenda parti-parti pembangkang ini hanyalah kepentingan parti dan agenda peribadi pemimpin masing-masing. Rakyat harus sedar, rugi menjadi ahli mereka dan rugi mengundi mereka,” katanya lagi. MediaUMNO