Berani Kah Ketua Armada Bunga Nyatakan Pendirian Sebagai Bangsa Johor
Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman berkata, jika benar pemimpin muda itu menjulang kedaulatan institusi diraja Johor dan memiliki semangat anak muda Bangsa Johor sejati, beliau perlu meminta Tun M menghentikan segala tohmahan yang dibuat terhadap negeri itu.
Jelas beliau, jika dalam kes membabitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini, Sayed Saddiq dilihat begitu lantang membela TMJ, diharapkan dalam isu terbaharu ini juga beliau berpendirian tegas seperti itu.
“Dia (Sayed Saddiq) sebelum ini begitu lantang melaungkan bahawa dia adalah anak Bangsa Johor yang sayangkan negeri dan menjunjung institusi raja.
“Jadi saya cabar dia untuk laungkan sekali lagi pendirian itu dan buktikan dengan minta Pengerusi partinya untuk tutup mulut dalam memburuk-burukkan negeri Johor,” katanya.
Ujar Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, beliau tidak mahu Sayed Saddiq hanya mengaku sebagai anak Bangsa Johor dalam situasi tertentu sahaja atau demi kelangsungan politik sahaja.
Menurut beliau, pemimpin Armada yang pernah berikrar untuk memperjuangkan politik telus dan matang sebelum ini perlu mengotakan janjinya terutama dalam isu membabitkan maruah Johor.
“Jadi Sayed Saddiq kena buktikan…cakap mesti mau serupa bikin barulah orang akan hormat dia sebagai pemimpin muda yang ada integriti.
“Tunjukkan diri anda sebagai anak Bangsa Johor yang jujur dalam membela sultan dan bukan atas sebab politik,” katanya
Post a Comment