Header Ads

Bila Mahathir Suka U-turn Dan Syok Sendiri Dengan Imiginasi Halusinasi

Hasil carian imej untuk mahathir dan ppbm dan DAP


Bila Tun Mahathir asyik buat U-turn... yg nak dijadikan PM tu anak dia lah si BOBOI tu.. Tun Mahathir mendahului kenyataan bercanggah antara beliau dan LKS@DAP. sedang DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yg Tun Mahathir sebut, ternyata skali Tun Mahathir seperti "Syok Sendiri".. LKS@DAP mana mungkin lupa siapa dia Tun Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. (Ayat syok sendiri mahathir) 

Imej yang berkaitan

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu. (Entah bila DAP kata)

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina. "Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. (Ayat nak ampu DAP) 

Hasil carian imej untuk mahathir dan ppbm

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. "Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini. ( Ayat syok sendiri)

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. Pada 31 Disember lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, manakala Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU Ke-14. Mukhriz dan Kit Siang turut dicabar membuat akuan bersumpah (SD) menafikan mereka bukan calon sulit Pakatan Harapan bagi kedua-dua jawatan itu.

Mahathir semakin nyanyok kerana beliau yang berbunyi sedangkan Lim Kit Siang@DAP sikitpun tak bernada menyokong apa yg mahathir merapu..kesian kau mahathir.. dah jadi parti syok sendiri jer lah..

Hasil carian imej untuk mahathir dan ppbm