Header Ads

Analogi Berkaitan Statute Rome!

Statute Rome adalah 1 Treaty atau Perjanjian yang mewujudkan International Criminal Court, ia berpunca daripada satu Persidangan Diplomatik pada 17 july 1998 dan Malaysia adalah salah satu daripada 134 negara yang telah menandatangani persetujuan untuk ratifikasikan agenda ini. (Siapa Perdana Menteri Malaysia 1998)

Antara struktur utama dan bidang kuasa treaty perjanjian ini adalah seperti berikut,

1. Berasaskan 4 jenis Jenayah Utama iaitu,

A. Jenayah Perang - War Crime
B. Jenayah Ceroboh - Agression Crime
C. Jenayah Kemanusiaaan - Humanity Crime
D. Pembunuhan Beramai - ramai - Genocide, Mass Killings

2. Art 17 yang mewartakan kaedah Complimentary Principal iaitu kaedah saling melengkapi yang bermaksud ICC hanya boleh mulakan siasatan dan pendakwaan jika jenayah dinegara asal gagal atau tidak mahu membuat sesuatu siasatan,

3. Setiap treaty atau sesuatu perjanjian seperti ini harus mematuhi,

Pacta sunt servanda art 26 viena conference dimana treaty perjanjian harus dilaksanakan dengan niat baik , treaty to be served in good faith ,

4. Perundangan Statute Rome International Criminal Court tidak tertakluk kepada apa jua limitasi, maksudnya tiada tarikh luput bagi untuk sesuatu siasatan atau pendakwaan,

5. ICC hanya boleh mendakwa individu sahaja dan tidak boleh mendakwa mana mana organisasi sesuatu negara, dan kekebalan undang-undang ini hanya untuk orang dibawah umur 18 tahun sahaja, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan atau Ketua Tentera atau Ketua apa apa Organisasi boleh disiasat dan didakwa oleh ICC,

Reality Perundangan Statute Rome International Criminal Court ini amat jelas iaitu,

' Jika mana mana negara gagal atau tidak mahu menyiasat sesuatu jenayah berkaitan dgn 4 jenis jenayah yang telah ditetapkan dalam bidang kuasa ICC, maka pihak ICC berkuasa untuk memulakan siasatan dan seterusnya membuat pendakwaan'

' Memberi peluang terakhir kepada mangsa jika kes jenayahnya di negara asal nya tidak diberikan keadilan mutlak ataupun keadilan mangsa telah di kompromi oleh sesuatu kuasa dinegara asal '

' Mengawal penyalahgunaan undang - undang oleh pihak berkuasa atau pemimpin '

' Mengawal sesuatu undang - undang digunakan dengan secara curang atau secara niat jahat yang mendatangkan ketidakadilan kepada mangsa '

' Memastikan penjawat jawatan besar disesuatu negara tidak menggunakan undang - undang untuk menganiaya orang awam dan dibekalkan dengan immunity ataupun kekebalan undang - undang yang mutlak,

Jika kita melihat kepada asas penubuhan ICC Statute Rome, kita akan mendapati, keperluan dunia untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini adalah kritikal, ia bersandarkan beberapa kes Genocide, Kes Jenayah Ceroboh, Kes Jenayah Kemanusiaan dan lain-lain yang telah menganiaya mangsa dan orang awam.

Antara kes contoh yang menjadi perhatian ialah,

- Kes pembunuhan bangsa Rohingya di Myanmar.

- Kes pembunuhan dan penyeksaan ramai ramai di Kampuchea oleh Rejim Khmer Rouge Pol Pot.

- Kes jenayah perang Serbia keatas Bangsa Bosnia,

Kebaikan perundangan ICC Statute Rome ini amat jelas berasaskan kepentingan awam orang ramai,

Tidak ada satu pun perundangan ini bertujuan tidak baik kepada mana mana pihak dan reality perundangan ini jelas iaitu, tiada kekebalan undang-undang untuk mana mana pihak kecuali kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah,

Masyarakat dunia dan semua pihak berkuasa dan kerajaan sewajarnya meraikan sesuatu perundangan yang mengutamakan keadilan mutlak yang tulen untuk kepada rakyat jelata orang ramai,

Kesan kepada negara yang Ratifikasi Perjanjian Rome Statute,

Kesan utama nya ialah, tiada lagi kekebalan undang- undang untuk mana mana pihak,

Memberi ruang ke 3 kepada mangsa ,

Pro dan kontra statute rome lebih terarah kepada pemegang jawatan besar sesuatu kerajaan dan ia tidak pun mencalarkan hak diri rakyat jelata,

Malaysia telah bersetuju sejak 1998 untuk melibatkan diri dlm Agenda Staute Rome ini, dan tidak timbul apa jua soal politik ataupun apa jua agenda politik untuk akhirnya menandatangani statute rome ini,

Perjanjian ini juga boleh dibatalkan negara terlibat seperti mana yang dibuat oleh Kerajaan Filipina pada bila bila masa sahaja.

Nota Kaki,

- Hanya negara Amerika dan Israel tidak mahu menandatangani perjanjian Perundangan Statute Rome International Criminal Court kerana meraka tahu mereka boleh didakwa kerana kedua negara terbabit terlibat dalam pencerobohan dan penghapusan kaum.

Mesti korang ada terfikira macam ni..

Soalan dalam fikiran korang - Jadi sekiranya YDPA mengisytihar darurat, adakah beliau boleh didakwa?

Jawapan nya - Tidak sama sekali... Ianya tidak ada kena mengena dengan bidang kuasa ICC.

- Dalam isu ini memang akan ada Pro dan Kontra antara Suara
 Kehendak Rakyat dan Kuasa Permerintah serta peranan nya di Peringkat Global.

Dan jelas bahawa negara kita ni walaupun kecil namun keterlibatan kita terhadap isu keamanan global bukan kecil.

Dan admin percaya persetujuan ini bukan hanya semata kerana melibatkan negara kita.. Malaysia juga perihatin terhadap rakyat di negara yg permerintahnya ZALIM. Mereka juga perlukan pembelaan.

Sebab itu tidak dapat tidak Malaysia perlu bersetuju agar kita boleh bersuara secara lantang di peringkat global.

- Hak keadilan mutlak kepada rakyat harus atasi kekebalan undang - undang kepada mana mana pihak.

- tmx



No comments