Header Ads

Agenda Jahat Regim DAP - Pemberian Taraf Warganegara Kepada Warga Asing!


Menteri KDN Muhyidin Yassin sedang ditekan rapat Regim DAP.. adakah Perdana Menteri terlibat juga dalam agenda jahat tersebut?..

Adalah tidak logik kerajaan Malaysia cuba memberi status kewarganegaraan kepada ratusan ribu warga asing (warga China-Taiwan dan sewaktu dengannya)

Secara terang usaha Regim DAP mengumpulkan ratusan ribu pemohon kewarganegaraan sebagai hadiah kemenangan PRU adalah usaha menjadikan Malaysia seperti Singapura yang kini peratusan penduduk Melayu telah menjadi minoriti kecil.

Muhyidin Yassin sebagai Presiden PPBM merangkap Menteri KDN seperti lembu ditarik hidung menuruti kehendak jahat Regim DAP yang mahu memusnahkan Bangsa Melayu dan Kedaulatan negara Malaysia.

Diharapkan NGO2 Melayu dapat membuat laporan Polis mengenai agenda jahat Regim DAP menggerakkan pemberian Kewarganegaraan kepada majoritinya yang berasal dari China-Taiwan.

Berlaku satu kemusykilan, apakah terlalu sulit isu yang mereka bawa sehingga tidak dinyatakan secara terbuka di Dewan Rakyat.

“Sulit sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga perkara ini tidak boleh ditanyakan secara terbuka di Dewan Rakyat dan perlu dibincangkan secara tertutup dengan MenteriDalam Negeri?

“Eksklusif sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga pemimpin parti-parti komponen lain Pakatan Harapan tidak dilibatkan dalam perkara ini dan hanya pemimpin Dap yang dilibatkan?”

Ternyata Regim DAP Komunis semakin bersingkap Chauvinist Rasis yang secara terang2 mahu berperang dengan orang Melayu.

No comments