Header Ads

Lim Kit Siang Sudah Menipu Sejak Lahir Hingga Usia Tua


Laporan berita pengampu Kerajaan Badigol Pakatan Haraporn mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak pernah menuduh dan mengata Tun Mahathir seorang yang korup sepanjang Perdana Menteri ke-4 adalah suatu perkara jelek dan pendustaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sikap lidah bercabang Kit Siang dapat dibuktikan dengan dirujuk kenyataan- kenyataan beliau sebelum ini:

1. Tahun 2010 dalam Sidang Parlimen, Kit Siang dengan lantang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang yang korup dengan memberi tiga huruf KKN untuk menunjukkan cara pentadbiran PM4 sebagai Kronisme, Korupsi dan Nepotisme.

2. Buku tulisan Kit Siang bertajuk 'BMF: The Scandal of Scandals' dengan 'Time Bombs in Malaysia' di mana beliau ada menyebut Tun Dr Mahathir sebagai seorang nepotisme dan korupsi.

3. You started the 'rot' in Malaysia. Kit Siang tell Mahathir 12 Feb 2015.

4. 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 (Roketkini, 24 Feb 2015)

Apa lagi Kit Siang hendak menipu rakyat? Di sebabkan kemaruk berkongsi kuasa, Kit Siang tanpa rasa malu menafikan semua tuduhan beliau sedekad ini kepada Tun. Tuduhan ini juga menjadi bahan ceramah beliau untuk menyemai perasaan benci dan marah rakyat kepada Tun. Malah, relevankah suaranya yang bising melaungkan tuduhan 'kleptokrasi' di sana sini sedangkan partinya DAP juga berkelakuan serupa?

"Bapa borek anak rintik" begitulah peribahasa yang tepat buat tindak tanduk pemimpin DAP, ia dibuktikan lagi dengan melihat gelagat Setiausaha DAP menjawab soalan di Parlimen yang senantiasa mengelirukan warga dewan, sekali gus merosakkan kemuliaan institusi tertinggi negara.

Mutakhir ini, rakyat mulai muak melihat sikap angkuh dan sombong pemimpin DAP apabila memperoleh kuasa. Janji DAP kepada pengundi khususnya Melayu Islam semasa kempen PRU-14 membuktikan DAP sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong dan menipu untuk merealisasikan agenda Cauvinis mereka.

Pemuda PAS Sarawak ingin mengingatkan rakyat dan pengundi Sarawak agar melihat dan sedar akan muslihat jahat DAP khasnya DAP Sarawak untuk merebut kuasa pemerintahan negeri dalam PRN akan datang.

Jangan kita rakyat Sarawak sesekali terjerat dengan agenda tersirat DAP sehingga menggadaikan nasib Sarawak dan masa depan generasi kita kepada mereka. Ayuh kita bangkit dan bersatu atas semangat kesatuan rakyat Peribumi Sarawak menolak semua bentuk perjuangan Cauvinist DAP.

"Demi Islam"

Hamdan Sani
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
15 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 15/7/2019

No comments