Header Ads

PH DEBAT MACAM SARKAS TAPI TAK BAWAK ISU RAKYAT LANGSUNG


Sidang Parlimen yang bermula 13 Julai lepas cuma menampakkan sikap pemimpin PH yang suka buat kecoh je dari nak bawak isu rakyat. 

Agenda utama diorang adalah pertikaikan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi tak dibahaskan dalam Parlimen dulu dan bawak usul undi tak percaya dekat PM je tapi disebabkan usaha nak bantah usul tukar Speaker pun gagal, usul tu tak dibangkitkan sangat.

Anwar Ibrahim sendiri pun taknak bangkitkan isu masalah di kawasan dia. Penduduk Port Dickson sekarang gesa masalah banjir dekat sana diselesaikan segera tapi Anwar tak bawak isu ni dalam Parlimen. 

Yang dia tahu nak hentam kerajaan pasal isu miskin la, ketirisan projek la tapi dekat kawasan dia sendiri pun tak bantu. Isu yang dibangkitkan semuanya untuk kepentingan peribadi PH je.

Kemudian isu kenyataan rasis dari MP Baling diperbesar-besarkan sedangkan MP Baling dah pun minta maaf dan tarik balik kenyataan dia. 

Tapi MP Batu Kawan nak panjangkan isu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sedangkan dia sendiri maki Speaker baru dengan perkataan ‘barua’. 

Jadi kenyataan dia tu sepatutnya dikira ‘offensive’ jugak dan patut dikenakan tindakan yang sama.

Lagi satu, kita pun dah naik fedup dengan MP Shah Alam yang melalak dalam setiap isu dan persoalkan setiap benda yang kerajaan buat. Dari jadi kerajaan sampai pembangkang asyik sikap yang sama. 

Sama la jugak dengan MP dari Jelutong, Sepang dan Kangar. Aksi provokasi dan mencelah diorang ni memang buat rakyat menyampah sebab macam tin kosong isi takde!

Sikap mcm ni tak memberi manfaat kepada rakyat sebab sepatutnya diorang ni la yang jadi suara kepada rakyat. Tapi suara2 yang keluar cuma isu2 yang berkepentingan peribadi je dan buruk dalam mata rakyat.

Jangan berangan la nak bawak mandat rakyat sekali lagi kalau sikap mcm ni. Patutnya masing2 bawak isu dekat tempat sendiri dulu baru la nak sembang pasal isu lain.

Dari jadi Pembangkang lepas tu jadi Kerajaan sampai kembali jadi Pembangkang, Mereka PH tetap sama... Kera pun ketawa melihat kelakuan bodoh semua MP PH. 

No comments