Header Ads

Kronologi Politik Lompat Katak Di Malaysia

Kronologi bagaimana runtuhnya kerajaan PH dan tertubuhnya kerajaan PN.

Gerakan dibuat Tun M bermula selepas sahaja PRU14 dan selepas sahaja beliau dilantik jadi PM bagi kerajaan PH..

1. Tun M guna H2O untuk memujuk MP UMNO agar menyokong beliau menjadi PM dan menggunakan Takiyuddin agar dapat memujuk MP PAS menyokong beliau.

MP PAS menyokong Tun M jadi PM hanya jika ada undi tidak percaya terhadap Tun M di parlimen. Ketetapan PAS simple maka rundingan dengan PAS selesai. Syarat tanpa DAP..

Beberapa siri perjumpaan sulit diatur oleh H2O di seri pacific dengan semua MP UMNO.Sesi pertama perjumpaan pada awal bulan Jun 2018.

Mukadimah ayat pertama keluar semasa perjumpaan ketika itu “kita tertipu dengan isu 1MDB yang diceritakan oleh Najib selama ini. Cerita sebenarnya adalah lain..bla bla bla.. Dalam perjumpaan pertama ini Azeez Baling menangis dengar khabar dia cakap  “habis aku kali ni.. Depa mesti nak kenakan aku dengan isu tabung haji..” Masa tu Noraini punya la sedih sampai pengsan dan terpaksa panggil ambulan datang ambik..

Tapi agenda utama perjumpaan pertama ini adalah untuk memujuk MP UMNO menyertai Bersatu. Tiada keputusan perjumpaan pertama.

Maka berlaku lah beberapa siri perjumpaan sulit..dan mengambil ketetapan bahawan MP UMNO menyokong Tun M menjadi PM jika berlaku undi tidak percaya di parlimen.

Tapi belum dimuktamadkan.Sesi perjumpaan ini bukan lagi H2O yang chair tapi Hamzah Zainuddin. SD dibuat.. MP yang tak sign adalah Najib, Ku Li, Zahid, Nazri Aziz manakala MP2 yang lain semua sign menyokong.

Pemilihan Agong UMNO berlaku dan Zahid menjadi presiden UMNO dan mendapat mandat dari perwakilan agar menjadi wakil tunggal parti untuk berbincang dengan mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan menggantikan PH kecuali dengan DAP..

Zahid mula buat kerja..jumpa GPS jumpa MCA jumpa MIC jumpa Tun M..jumpa Hadi Awang dari PAS..Jumpa Anwar..

Pada masa tu Zahid tertarik dengan tawaran Anwar.. Maka arahkan Nazri Aziz turun padang jumpa ahli ahli umno di setiap bahagian untuk mendapat maklum balas apa pandangan ahli jika UMNO setuju bersama PKR dan sokong Anwar jadi PM..

Pada masa ini bermula kekecohan..Ramai yang tak setuju UMNO bersama PKR.. Nazri kena kecam sewaktu sesi soal jawab dengan UMNO bahagian Ampang.

Sewaktu kekecohan ni maka kumpulan yang menyokong Tun M membuat gerakan menghalang dengan mengugut semua MP UMNO keluar parti.. 

Yang pertama keluar adalah Azmi Katak MP Bagan Serai dan istihar sokong Tun M..

Kemudian Tok Pa..Kemudian baru lah Hamzah Zainuddin..Dr latif ahmad..dan ramai lagi keluar umno dan istihar bebas yg menyokong tun m.Tujuannya untuk desak zahid menghentikan rundingan dengan Anwar.

Time ni Nazri Aziz kena kambing hitam dengan kata bahawa dia memandai mandai turun padang tanpa arahan presiden.Kemudian majoriti KB-KB di Sabah keluar UMNO dan sertai Bersatu.

Tiada pilihan selepas perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO maka Zahid dinasihatkan berehat sehingga isu selesai.

Dan bagi mandat dekat Tok Mat Hasan tadbir dan pimpin UMNO.Tok Mat Hasan bersama Abuar Musa teruskan perbincangan dengan PAS sehingga berlaku Perhimpunan Melayu Pertama UMNO dan PAS dibuat.

Selepas perbincangan demi perbincangan maka tertubuhlan muafakat Nasional.Idea ni bermula dari Tok Mat Hasan. 

Dan kemudian diendoskan oleh zahid hamidi bila beliau membuat keputusan menamatkan cuti beliau dalam UMNO dan kembali memimpin.

Cabaran pertama Muafakat Nasional adalah sesi PRK yang di Cameron Highland, Semenyih dan PRK di rantau dan sebagainya.. 

Mendapati BN menang dikawasan majoriti Melayu. Sokongan yang amat luar biasa selepas rakyat tertipu dengan PH. 

Isu sokongan MP hanya akan keluar kembali bila setiap kali Parlimen bersidang..

Disebab beberapa siri kekalahan PH secara berturut-turut maka berlaku desakan didalam PH akan Tun M melepaskan jawatan PM dan ikut perjanjian asal agar serah jawatan PM tu dekat Anwar.

Berlaku sesi perbincangan beberapa kali tapi Tun M tetap berkeras tidak mahu lepas jawatan dan berkeras untuk habis penggal sehingga PRU15.

Mesyuarat majlis presiden PH yang terakhir.Isu jawatan PM keluar lagi.Kali ni lebih tegang.. Khabarnya anwar tinggi suara sampai hentak meja depan Tun M. Dan Anwar bersama PH memaksa Tun M melepaskan jawatan. Tun M ugut bahawasanya Bersatu keluar PH kalau terus ugut dia..

Bang Mat Crystalmeth dengan sinis kata dekat Tun M..”Dia dah lama jadi pembangkang..Jadi tiada masalah kalau jadi pembangkang balik..”

Mesyuarat tiada keputusan..Semua balik dalam kedaan bengang dan tak puas hati..

Balik dari meeting..Keesokan harinya Tun M buat mesyuarat bersatu dan menceritakan apa yang terjadi.. Maka keputusan mesyuarat pada hari tu adalah mereka sepakat untuk keluar PH. (ada rakaman audi perbincanagn sulit ya dah viral yang boleh korang dengar sebagai bukti).

Maka Tun M arah Hamzah Zainuddin menghubungi H2O dan Takiyuddin untuk membuat pemberitahuan bahawa perancangan awal tahun 2018 dijalankan segera.

Dan arahkan Hamzah dapatkan SD sokongan dari UMNO, PAS, GPS, MIC, MCA, Warisan dan team Azmin Ali (Bagaimana Azmin boleh ke Tun M nanti admin cerita).

Bersatu umum keluar PH.. Tun letak jawatan sebagai pengerusi Bersatu.Tun M letak jawatan PM. (tiada dalam perbincangan awal letak jawatan PM)

Kemudian Tun M mengadap Tuanku dengan bawak SD sokongan MP terhadap beliau untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan PH sebagai kerajaan. 

Tuanku tak beri keputusan sebab nak panggil sorang sorang semua MP bagi mengelakkan negara jadi huru hara.. 

Tuanku lantik Tun M jadi PM interim untuk uruskan pentadbiran negara sementara tuanku habiskan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen.

Masa Tuanku memanggil semua buat kali pertama masih tidak dapat keputusan tepat. Maka tuanku ambik keputusan panggil MP PH untuk tanya siapa yang mereka sokong.

Tun M mula membuat cadangan yamg diluar dari kata putus yang dipersetujui.Tun M nak menubuhkan kerajaan tanpa parti dominan. Beliau jadi PM tapi kabinet dia ada DAP,PKR,PAS,GPS,UMNO,MIC,MCA,Warisan dan sbgnya.DAP dan warisan setuju cadangan Tun M.

Maka berlaku lah langkah sheraton..(Khabarnya ini idea H2O atas restu Najib Razak) perjumpaan dibuat dimana mereka semua tidak setuju cadangan Tun M untuk menubuhkan kerajaan tanpa dominan mana mana parti. Dalam perbincangan tersebut akhirnya semua setuju untuk mengangkat TS Mahyuddin Yasin Sebagai Perdana Menteri ke 8.

Akhirnya 116 SD dibawakan kepada Tuanku yang menyatakan sokongang kepada Mahyuddin Yasin sebagai PM dan menubuhkan kerajaan PN.

Disinilah bermulanya konflik didalam Bersatu dimana Tun M rasa dikhianati oleh TS Mahyuddin Yasin sebab Tun M yang merancang gerakan dari awal tapi kena sailang oleh TSMY disaat akhir hasil idea Najib sambil main facebook dan makan super ring di rumah dan zahid melaksanakan cadangan tersebut atas kapisiti sebagai Presiden UMNO. (Ada press statement Tun M mendakwa Najib Razak mastermind disebaliknya)

Dalam tempoh kerajaan PN tertubuh.. Tun M cuba kembali berbincang dengan PH tapi PH mula menolak Tun M dan istiharkan bahawa Anwar jadi pengerusi PH dan calon PM bagi PH..

Tun M terus mengadu domba dan mula lancar gerakan untuk pastikan TSMY kalah dalam pertandingan jawatan Bersatu. TSMY tahu dia akan kalah kepada Mukhriz kerana pengaruh Tun M dalam Bersatu dikalangan perwakilan sangat kuat. 

Jadi apa yang boleh dibuat adalah mengarahkan agar SUK membuat surat pemberitahuan kepada Tun M dan 4 yang lain bahwa keahlian mereka dalam Bersatu terhenti apabila mereka duduk dalam Blok Pembangkang di dewan rakyat waktu sidang baru ni.

Jadi kesimpulan Memang dari awal Tun M memang tak suka Anwar dan DAP tapi dia tak sangka langsung.. Punya teruk dia plan games of throne tapi penghujung kena sailang oleh TSMY.. 

Kini kecoh lagi apabila Anwar kata beliau kata mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan PN.

Admin yakin beliau memang punya SD sokongan MP tapi SD tersebut adalah SD yang lama sebelum langkah Sheraton dibuat.Aku yakin nama Nazri, Zahid, Saravanan memang ada dalam SD yang lama itu.

Admin yakin Tuanku tidak akan ikut SD yang Anwar bagi Tapi beliau akan memanggil sorang demi sorang ahli parlimen untuk menunjukkan sokongan kepada siapa menjadi PM seperti yang sebelum ini..

Jangan terkejut Kalau aku cakap bukan Anwar.. Bukan Tun M..Bukan TSMY..Bukan Zahid Yang disokong oleh Para Ahli Parlimen menjadi PM tetapi adalah Najib Razak yang jadi Perdana Menteri..

Jangan terkejut kalau Hamzah Zainuddin, Tok Pa, Akhmal,Dr Latif dan Ramai lagi menyokong Najib. Harus diingat mereka ini asalnya semua orang Najib Razak .. iaitu Team N87..

Ok la nanti sambung lagi kisah dongeng politik kartun..

Ok Bye..

Syok Sembang Kari!


No comments