Header Ads

BANJIR & KWSP RM10K

 


Tak perlu kaitkan pun isu pengeluaran KWSP RM10K dengan masalah banjir. PM jelaskan dalam kepada press yang bertanya adakah akan benarkan pengeluaran KEPADA MANGSA BANJIR.

Menurut PM tiada pengeluaran KWSP tapi ada inisiatif2 lain untuk membantu mangsa banjir. Bukan kenyataan rasmi untuk tidak akan membenarkan pengeluaran simpanan tersebut selama-lamanya.

Loan tanpa faedah & moratorium 6 bulan tu jangan dibanding dengan KWSP RM10k, tapi banding dengan apa yang mangsa banjir sebelum2 ni dapat... at least ada bantuan juga selain bantuan tunai RM1k, bantuan Zakat, Baitulmal, JKM dan sumbangan daripada NGO2 dan individu lain.

Betullah apa PM cakap tu... sebab yang menggedik lebih2 nak pengeluaran ni adalah yang tak ditimpa musibah banjir pun. Jika gunakan solusi popular tu, lepas ni yang tak kena banjir pun akan desak supaya mereka dapat juga pengeluaran KWSP tu.

Harus diingat pengeluaran KWSP dah diberi berkali-kali semasa zaman Muhyiddin jadi PM, masa tu keterdesakan hidup bukan seperti sekarang... ramai yang diberhentikan kerja dan tidak boleh nak jana sumber pendapatan.

Jadi sebagai pemimpin paling atas, bukan keputusan on the spot PM nak putuskan pengeluaran KWSP semasa ditanya wartawan dalam sidang media berkaitan banjir tanpa memikirkan impak & solusi tepat pelaksanaannya.

Aku tetap percaya kerajaan akan tunaikan desakan pengeluaran 10k tu cuma bukan sekarang waktu yang tepat... sebab jika benarkan sekarang tahun hadapan atau menjelang PRU15 puak2 populis ni akan  desak lagi untuk pengeluaran lain-lainnya.

Kalau setakat nak popular semata2 boleh saja DSIS ikut cara Muhyiddin... tapi tak payah ada PM/kerajaan la jika semua masalah rakyat seperti bencana alam, terpaksa diatasi dengan simpanan rakyat sendiri.

Jadi kesimpulannya, pengeluaran KWSP dan loan tanpa faedah bukan perkara untuk dibandingkan dengan macam2 sifir.

Mangsa banjir kali ni tetap dapat juga inisiatif tambahan untuk buat pinjaman BSN, Bank Rakyat, TEKUN dan lain-lain... Mangsa banjir Pantai Timur 2014 dulu kena berhutang dengan saudara-mara je untuk beli peralatan rumah yang musnah & nak mulakan balik perniagaan yang dihanyutkan air. -RR

.

No comments