Header Ads

Melaka Yang Dah Huru Hara Akibat Politaik!

Hura-Hara Melaka bila pergaduhan dalaman antara puak R dengan puak I ... Macam macam perkara terjadi bila Ahli Politik berebut kuasa sesama sendiri hingga runtuh Kerajaan sendiri

4 Okt : Empat ADUN umum tarik sokongan terhadap KM. Tindakan itu menyebabkan Kerajaan Melaka tumbang dan Ketua Menteri hilang jawatan. 

4 Okt : Ketua Menteri yang telah tumbang hantar surat kepada TYT memaklumkan empat ADUN tarik sokongan dan mohon DUN dibubarkan. Sila rujuk kotak hitam keratan di bawah. 

5 Okt : ‘Tuan Yang DIUTAMAKAN Melaka’ Rauf membuat sidang media bahawa DUN Melaka telah dibubarkan bermula 4 Okt. 

Apa yang tak kena ? 

KM yang telah tumbang memaklumkan kepada TYT bahawa beliau telah tumbang dan mohon DUN dibubarkan. Itu dah salah. Beliau telah tumbang dan bukan lagi Ketua Kerajaan, bagaimana beliau boleh mohon supaya DUN dibubarkan ? 

Pada 5 Okt, Rauf umum DUN Melaka telah dibubarkan bermula 4 Okt. Boleh pula back dated . Tak pernah dibuat orang. Biasanya apabila DUN atau Parlimen hendak dibubarkan, selepas mendapat perkenan Istana, Ketua Kerajaan akan terus umum sebaik sahaja keluar dari Istana. 

Apabila sesuatu DUN atau Parlimen dibubarkan, kebiasaannya yang akan umum pembubaran adalah Ketua Kerajaan atau pernah berlaku sekali di Johor 2013, Setiausaha Kerajaan Negeri yang umumkan. Tidak pernah berlaku dalam negara kita speaker yang umumkan pembubaran. Kebiasaanya speaker hanya akan menerima pemakluman pembubaran DUN. Kemudian speaker akan memberitahu SPR. 

Tiada sebarang kenyataan atau gambar daripada TYT atau pejabat beliau. Sedangkan ini satu perkara yang penting. Nampak sangat keputusan ini tidak dilakukan secara telus. Banyak benda yang diragui. 

Sekarang semua telah terbelit dengan permainan sendiri. Jika darurat diumumkan di Melaka, kerajaan yang ada tidak boleh bentang bajet 2022 kerana DUN tidak boleh bersidang. Bajet yang ada boleh digunakan hingga Disember sahaja. Apabila bajet tidak dibentang dan diluluskan, nampaknya tahun depan tidak boleh bayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri. 

Jika PRN diadakan pula, ada dua risiko. Pertama risiko penyakit. Kedua risiko UMNO kalah….

Tunggu dan lihat episod seterusnya dan apa kesudahannya ???

No comments