Header Ads

DAP KEMBALI BERKUASA SEKIRANYA UMNO BN MASIH LAGI BERTELAGAH

DAP KEMBALI BERKUASA SEKIRANYA UMNO BN MASIH LAGI BERTELAGAH


UMNO dan Barisan Nasional adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme DAP.

Sejarah politik tanah air menyaksikan UMNO/BN parti politik yang teguh menolak idealisme DAP.

Oleh sebab itu , UMNO tidak boleh lagi bertelagah sesama sendiri.

Sekirannya UMNO tidak bersatu maka DAP akan kembali berkuasa seperti PRU 14.

Adakah kita semua sudah lupa tentang sejarah lama 22 bulan dimana negara kita dikuasai oleh DAP? 

Selepas 22 bulan diangkat menjadi kerajaan, rakyat menjadi takut dengan segala kerosakan dan kepalsuan yang dibawa mereka.

UMNO kini yang sepatutnya di ambang kemenangan dengan momentum siri kemenangan PRK dan PRN dan takkanlah kita nak mengundang kekalahan dengan perpecahan? 

Pilih kesepakatan. Pilih kestabilan.

Ahli UMNO mana pula yang reda melihat DAP kembali berkuasa?

Jika kita berpecah belah maka akan seolah - olah memberi nyawa secara tidak langsung kepada DAP untuk kembali ke Putrajaya.

Natijahnya , kita perlu bersatu padu dan memastikan kemenangan BN supaya DAP akan terkubur dalam PRU akan datang.

No comments