Header Ads

KIT SIANG MAHU MELAYU UBAH ATAU BELIAU YANG PERLU UBAH?


Menarik posting veteran DAP Lim Kit Siang dalam FB nya:

"Adakah pemenjaraan Najib Razak akan menjadi titik perubahan untuk orang Melayu, yang membentuk kumpulan majoriti utama di Malaysia, untuk sedar bahawa kita semua perlu utamakan identiti Malaysia dan bukannya Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban untuk Malaysia berjaya sebagai negara hebat bertaraf dunia?  "

Terbukti beliau masih taksub dengan gagasan MALAYSIAN MALAYSIA nya yang mahu meletakkan semua kaum setaraf dan sama rata tanpa ada keistimewaan apa sekalipun.

Inilah gagasan mendiang Lee Kuan Yew pengasas PAP Singapura yang diwarisi DAP apabila Singapura keluar dari Malaysia.

Memang tak syak lagi bahawa Malaysia yang kini ditadbir kerajaan Keluarga Malaysia sejak dahulu lagi mengutamakan identiti Malaysia.

Kita lahirkan Rukunegara sebagai asas dan bukti kesatuan kita di tanahair tercinta.

Malaysia dihuni pelbagai kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain namun rakyat Malaysia yang pelbagai itu sedar (mungkin Kit Siang tidak setuju) bahawa pribumi atau penduduk asal bumi bertuah yang dahulu dikenali Tanah Melayu dan Borneo ini adalah orang-orang Melayu, orang Asli, Kadazan, Iban yang merupakan kaum Bumiputera.

Yang lain.mengikut sejarah adalah pendatang yang sebahagian besarnya dibawa masuk oleh penjajah Inggeris. Ketika British berundur kaum Cina dan India mahu terus kekal bermastautin di sini. Mereka enggan kembali ke tanah asal.

Yang Kit Siang jarang sebut bahawa atas keterbukaan dan besarnya jiwa orang-orang Melayu Bumiputera yang majoriti inlah maka, kaum pendatang itu diterima tinggal di bumi bertuah kita dan dijadikan warganegara, berteduh dan mencari rezeki di tanah air warisan Melayu Bumiputera ini.

Disana lahir kontrak sosial bahawa bangsa Malaysia yang baru ini mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan Melayu Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan lain-lain.

Kontrak ini dihormati sejak Merdeka hinggalah ke hari ini dengan semangat toleransi dan keharmonian.

Dalam pada itu kaum Cina dan India bebas mengamalkan adat-budaya dan bahasa asal mereka. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil bebas dibuka, perayaan budaya dan anutan mereka dirayakan secara terbuka dengan mendapat Cuti Umum.

Kit Siang tidak sebut kaum Cina dan India bebas berniaga dan terlibat dalam aktiviti ekonomi sehingga hari ini rata-rata yang berjaya dan jutawaan adalah dikalangan mereka. Mereka tidak dikekang malah lebih mewah dari orang Melayu Bumiputera.

Malah mereka juga bebas berpolitik, mengundi dan diundi serta diangkat menjawat jawatan. Anak Kit Siang pernah jadi YAB Ketua Menteri, Menteri Kewangan, menantunya Ahli Dewan di Melaka, anak perempuannya Ahli Dewan Negara, dan bukankah Kit Siang sendiri seawal 1969 sudah menjadi wakil rakyat hingga kini, lupa?

Orang Melayu tidak perlukan nasihat Kit Siang malah Kit Siang yang sepatutnya dinasihatkan agar menghormati sejarah dan kontrak sosial yang kita junjung zaman berzaman. Malaysian Malaysia tidak cucuk dan sesuai biar ia terkubur bersama Kuan Yew di Singapura.

Jangan jadi batu api, pengadu-domba dan rasis yang ektrimis, jadilah pendamai biar semua dapat hidup sebagai Keluarga Malaysia yang hormat-menghormati dan berkasih sayang. Insyallah Malaysia berjaya dan hebat dalam acuannya sendiri.


#TumbangPH #TolakDAP #DAPPerosakNegara

No comments