DAP Persoal Tindakan PAS Ubah Pendirian Mengenai Hudud

DAP hari ini memulang paku buah keras kepada PAS susulan tindakan parti Islam itu yang berpendirian bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bahawa hudud tidak sesuai dilaksana di Malaysia.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching mempersoal sebab PAS tidak berpendapat sama sewaktu dalam Pakatan Rakyat yang mana isu itu menyebabkan gabungan itu terkubur selamanya.
“Itu bukan satu isu untuk saya komen, tetapi ia adalah isu untuk PAS memberi komen.
“Apabila PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP, salah satu sebabnya adalah kerana DAP berpendirian bahawa hudud tidak sesuai di negara ini memandangkan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Dan itu sebabnya juga PAS akui ia tidak dapat bekerjasama dengan kita (DAP) lagi,”
“Ingatkah sebelum ini PAS berkata, adalah dosa besar sekiranya orang Muslim menolak hudud berbanding bukan Islam menolak hudud? Jadi saya rasa PAS perlu jawab (soal dosa) ini,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Ekoran itu, Nie Ching, mendesak PAS supaya bertanggungjawab untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung keputusan tersebut.
Semalam, Presiden IKATAN, menyatakan hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Walaupun bergabung dengan PAS, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Post a Comment