Header Ads

Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz Tidak Sedikit Pun Rasa Terhina Dengan Kenyataan Terbuka Rafizi

3m

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mampu membaca skrip yang ditulis oleh mereka sahaja demi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak kurang dengan itu, katanya, kerjasama antara pemimpin pembangkang dan Dr Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan Pakatan Harapan mendapat lebih banyak undi kaum Melayu.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, Deklarasi Rakyat yang menggabungkan sesama seteru politik itu berjaya memberi manfaat kepada pembangkang kerana tindakan Dr Mahathir sebagai pembaca skrip itu boleh ‘membuka mata’ golongan atas pagar daripada pengundi Melayu.
Setakat ini, baik Mahathir mahupun Muhyiddin dan Mukhriz, masing-masing masih berdiam diri dan tiada kata balas yang dikeluarkan oleh mereka untuk membidas kenyataan Rafizi.
Ini jelas menunjukkan pendedahan terbuka Rafizi itu nyata tidak sedikit pun meninggalkan kesan kepada mereka, jauh sekali untuk terpalit rasa terhina dengan kenyataan itu.
Bagi mereka bertiga (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz), biarlah mereka dilabel sekadar pembaca skrip, bagai mengharapkan bantuan, menagih ehsan ataupun simpati, ia sedikit pun tidak meninggalkan kudis pada diri mereka.
Masakan tidak, segala yang dilakukan ini pastinya mempunyai agenda yang tersembunyi yang tidak mungkin sesuatu yang dibuat itu percuma tanpa bersebab.
Apa yang diharapkan kini adalah matlamat untuk menjatuh dan menggulingkan Najib tercapai biarpun maruah mereka terpaksa digadai.
Bukan sahaja Rafizi, bahkan sesiapa sahaja yang menempelak Dr Mahathir dan ‘kawan-kawan’ sedikit pun tidak akan membuat mereka sedar apatah lagi insaf kerana memperjudikan prinsip politik demi menjatuhkan seorang pemimpin.
Bagi, kumpulan 3M itu, katalah apa sahaja, mereka tetap pekakkan telinga dan butakan mata asalkan matlamat berjaya.

No comments