Politik Utama AMK Pulau Pinang Desak PKR Hentikan Hubungan Dengan DAP
Politik pembangkang dipenuhi dengan kemelut dan konflik di seluruh negara rasanya. Di beberapa lokasi di Pulau Pinang, difahamkan ada kain rentang digantung mendesak PKR melihat semula hubungan kerjasama politiknya dengan DAP kerana pemimpinnya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang disifatkan sebagai seorang diktator dalam menjalankan pentadbiran di negeri itu.
Paling nyata, langkah diambil oleh Guan Eng memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dari jawatan di dalam syarikat milik kerajaan negeri (GLC) adalah ciri diktator paling menonjol.
Beliau sebagai Ketua Menteri menamatkan perkhidmatan ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen dan ADUN Bukit Bunga Cheah Kah Peng kerana membuat pendirian berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa oleh UMNO ketika sidang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada November lepas.
Jika Guan Eng mahu menuduh Barisan Nasional (BN) dalang kepada pemasangan kain-kain rentang itu, adalah mustahil untuk mencetak kain rentang dengan sebegitu banyak dan digantung di lokasi strategik sebegitu rupa.
Biasalah bagi DAP dan Guan Eng, mereka sukar menerima hakikat bahawa sokongan kepada parti mereka sudah mula terjejas dan ada protes bahkan mereka akan salahkan UMNO dan BN atas sebab itu.
Perkara pertama ialah salahkan BN, bukannya beliau mahu mendapatkan reaksi atau maklumbalas daripada penyokong terlebih dahulu.
Kain rentang itu dikesan di beberapa lokasi antaranya Nibong Tebal, Kebun Bunga, Bukit Minyak dan Permatang Pauh.
Selepas DAP berjaya menyingkirkan PAS untuk dari pakatan pembangkang, nampaknya mereka mula mengorak langkah untuk melenyapkan PKR pula yang juga ramai ahli Melayu tetapi hanya mahu membebaskan bekas Ketua Pembangkang yang juga penjenayah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
Ada harapan, pakatan pembangkang yang bernama Pakatan Harapan ini juga bakal berkubur satu hari nanti.
Post a Comment