Header Ads

Komplot 3 Stoogers PPBM Terjerat Diri Sendiri

Komplot Percaturan Azmin dan Hamzah Zainuddin membuatkan Kerajaan PN semakin dikeji, Muhyiddin pula semakin pening?

Apa guna bergabung di bawah satu bumbung jika matlamat dan percaturan hanya memakan diri sendiri, itulah yang terjadi kepada entiti kontroversi Bersatu, Azmin Ali dan Hamzah Zainudin di antara penggerak kerja kerajaan PN.

Matlamat mengecilkan UMNO, membuat sabotaj BN serta menghala serangan pemimpin tertentu di dalam UMNO untuk mengucar kacirkan parti keramat itu tidak menjadi.

Walaupun gencatan politik sudah dibuat, Covid19 yang tiada kesudahan, cerita sebenar pengkhianatan semasa PRN Sabah telah membuka luas mata UMNO, terutama di kalangan MP UMNO yang sudah kini sedar permainan kotor dalam kelompok pemikir digelar C5, sudah terbongkar dengan jayanya.

Tanpa berselindung, niat mengecilkan UMNO gigih dilakukan dengan serangan melalui media, portal Malaysia Now iaitu di antara portal ketara melaporkan laporan berita palsu, sedikit benar dan selainnya adalah propaganda.

Jentikan emosi terhadap ahli akar umbi UMNO perlu dijalankan secara pantas dan dengan teliti, jadi laporan Malaysia Now sangat ketara ke arah itu, tajuknya sahaja sudah boleh membuatkan akar umbi UMNO bergasak sesama sendiri tanpa noktah.

Itu perancangan mereka, kem A dan kem B, pecahkan dan keputusan untuk mengekalkan PN itu sudah termaktub di atas kertas.

Bagaimana pula Muhyiddin? Sudah tentu keadaannya sangat genting dan pening, sokongan jumlah MP dalam PN juga bakal berkurangan, ini sangat tidak bagus untuk kerajaan, pada awalnya disanjung, namun kini dilanyak kerana kebodohan mengikut gerak dan rancangan Azmin dan Hamzah.

Sudahlah cadangan darurat ditolak mentah2 oleh Agong, kesimpulannya niat jahat untuk mengekalkan kuasa itu sudah nampak kantolnya.

Sumber: Malaysia Dateline 

https://malaysiadateline.com/komplot-khianat-muhyiddin-azmin-hamzah-makan-diri/

Meskipun UMNO sudah isytihar gencatan politik, tidak lagi membuat tuntutan agihan jawatan lebih strategik, serta mendukung kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional, namun Muhyiddin masih tetap merasa gelisah dan rimas. Majoriti tipis dua undi sukar untuk dipertahankan hanya beralaskan “janji-janji manis”.

Titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru semua pihak — dalam kerajaan dan pembangkang — agar tidak menggugat kestabilan politik dan menyokong Belanjawan 2021 mungkin boleh mententeramkan gejolak perasaan perdana menteri, namun bagi seseorang yang pernah melakukan aksi pengkhianatan, ketakutan langkah sama berulang buat dirinya sentiasa menganggu tidur.

https://www.headbomb.net/2020/11/percaturan-azmin-dan-hamzah-membuatkan.html?m=1

No comments