Header Ads

Bila Melayu Islam Berantakan... Siapa Yang Untung!

Nampaknya orang Islam bangsa Melayu masih lagi belum sedar. Masih lagi Tak belajar melalui kesilapan. 


Tak jadikan sejarah PRU14 sebagai pengajaran.

Jangan dibanggakan mengatakan melayu itu hebat kalau sukar sepakat. 

Bangsa lain boleh sepakat untuk satu matlamat. Bangsa melayu pula Demi satu matlamat sanggup berpecah belah. Siapa Rugi, Siapa Untung?

Dua parti terbesar melayu telah berdamai dan bermuafakat walaupun sekian lama bermusuh. 

Apakah ini bukan kejayaan melayu?

Bagi aku dalam muafakat Tak Salah kalau parti lain ikut serta. Ini akan memantapkan dan menguatkan lagi muafakat, Walaupun UMNO dan PAS yang memulakannya. Tak dinafikan pasti akan bertambah kekuatan bila bergabung. 

Ada isu-isu yg timbul bila banyak parti bergabung. Itu biarlah pemimpin-pemimpin parti cari jalan penyelesaiannya. Aku hairan kalau Ada kelompok-kelompok yang Tak suka melayu sepakat dalam muafakat.

Apa untungnya kita berpecah belah dan berpuak-puak. Kena terima hakikat parti melayu Tak kuat kalau Tak sepakat walaupun parti yang di anggap keramat.

Kena terima hakikat kerajaan bukan Hak milik mutlak sesebuah parti. Ianya ditentukan melalui undi. Menang walaupun lebih 1 undi, kalah walaupun kurang 1 undi.

Ambil pengajaran kisah Panglima perang Islam yang hebat. Yg Tak pernah kalah dalam perang, Khalid AL-Walid. Yang dipecat Dari jawatan Panglima perang walaupun mempunyai reputasi hebat dan berada dikemuncak kegemilangan. Beliau akur dan wala' dengan Khalifah Umar. Tetap berjuang walaupun sebagai tentera biasa.

KITA??? Tepuk Dada, tanya apa yang ada diminda...

Apa yg kita perjuangkan sebenarnya??? Untuk Agama Bangsa Dan Negara atau kepentingan diri semata???

Sekiranya Tak mampu untuk membina, jangan pahatkan nama dalam sejarah sebagai orang yang menghancurkan ummah!

- Bila Sahabat Maya Berbicara 

No comments