Header Ads

NEPOTISME KRONIK DALAM PARTI DAP

 


Cukup-cukuplah berlakon seolah-olah DAP sebuah parti yang demokratik, untuk pelbagai kaum sedangkan 'takut' untuk humban Dinasti Lim (legasi Lim Kit Siang bersama anaknya Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying) ke dalam tong sampah.

Sejak sekian lama, jawatan paling berpengaruh iaitu Setiausaha Agung masih disandang oleh Lim Guan Eng manakala bapanya Lim Kit Siang masih bergiat aktif dalam DAP ala 'godfather'.

Lim Guan Eng sudah tiga penggal menjadi Setiausaha Agung dan ini merupakan kali terakhir beliau memegang jawatan itu. Baguslah...bagi peluang pada muka baru pula.

Ada yang menyebut nama Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai pengganti Guan Eng.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/09/loke-dilihat-sebagai-pilihan-untuk-ganti-guan-eng-dalam-dap/

Tapi semua tahu, Anthony Loke adalah macai Lim Guan Eng. Undi Anthony Loke bermakna undi untuk Lim Guan Eng.

Kali terakhir pemilihan CEC ini diadakan ialah pada 12 Nov 2017. Pasti penyokong tegar DAP mahukan pembaharuan dalam parti. 

Selagi DAP mengekalkan 'dinasti Lim' dan proksi mereka, selagi itulah parti itu akan berada di takuk yang lama. Tiada penambahbaikan atau pembaharuan yang mampu dilakukan.

Tapi persoalannya, beranikah kepimpinan DAP melakukan perubahan? Atau budaya 'nepotisme' dalam parti DAP tidak mampu dihakis?

#SuaraOrangRamai

#TolakPH

#TolakDAP

No comments